Friday 19 April 2024

Kakak ~ Merentas Desa 2024

Awal kali ni Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah diadakan. Tahun lepas bulan 7, 3 Muharram. Kali ni 10 Syawal dah dibuat. Risau juga kalau tak larat lari, almaklumlah baru lepas raya :D 

Atas gambar pagi tadi, bawah gambar tahun lepas. Setiap murid Tahap 2 diminta sumbangkan air 100+ sorang sebotol. Itu yang Kakak pegang botol air 100t tu. 

Kali ni juga Ummi tak join as a check point volunteer macam tahun lepas. Masih batuk² dan hilang suara, tak sesuai jadi pom² girl macam last year haha... Yang kelakarnya kawan² Kakak terkejut Ummi tak join kali ni. Almaklumlah, Ummi kan rajin join aktiviti sekolah, tukang ambil gambar diorang, bila takde mulalah depa cari 😁

Alhamdulillah, rezeki Kakak. Tahun ni dapat no 6, better than last year. Bff Danisha no 5. No 1-4 auto jadi wakil sekolah ke MSSD. Kakak memang aim no 5 ke atas sbb tak nak masuk  MSSD acara lari :D 



Tq Cg Sal sudi share gambar Kakak ambil medal 🫶 Adalah gambar buat kenangan.

Minggu depan Angah. 
Abang pula katanya masuk fun walk.
Yang Daniel & Ayel pula berlatih sakan dari sebelum puasa, hingga bulan puasa pun malam² cikgu bawa gi training. Ingatkan dah dapat wakil daerah ke, rupanya baru peringkat sekolah 😅 Cikgu gigih kata Makcik :) Actually minggu ni esp today ramai sekolah buat acara merentas desa ni. Rasanya nak kejar untuk MSSD selection

Adik pula baru Tahap 1, belum layak untuk acara merentas desa ni. Seperti tahun sudah, depa ada pertandingan mewarna. 


Thursday 18 April 2024

Rezeki Open House Ofis

8 Syawal ofis Walid buat open house untuk staff. Buat di hotel seperti tahun lepas. 

Seperti biasalah, dah namanya jamuan raya mestilah penuh dengan pelbagai juadah kan? Lepas tu sesi bergambar... 

Tapi, kali ni ada rezeki lebih, Walid menang lucky draw! 

Voucher ni organizer tampal dekat bawah kerusi. Alhamdulillah dapat voucher Aeon bernilai RM50. 

Jom la pi Aeon 🤗


Wednesday 17 April 2024

Cara Panaskan Nasi Sejuk Jadi Seperti Baru di Masak

Panjang nau tajuk 😆

Balik raya minggu lepas Ummi lah jadi Head Chef dekat rumah Tok Umi :D  Tok Umi masih bertongkat jadi memang tak masuk dapur. 

Keluarga Paklong dan Paksu pun ada masanya datang berbuka di rumah Tok Umi. Masing-masing bawa juadah. Ummi masak juadah Ummi dah masak nasi juga. Nanti pakat makan sama².

Cumanya, bab masak nasi ni ada masalah sikit. Kadang kita dah masak banyak, tau² dengaq kata depa balik rumah mertua. Terlebih pulak nasi...

Ada sekali tu nasi berbaki 1 periuk lagi, 5 pot Kakak masak. Nak panaskan sekadar tekan reheat button tak lembut nasi tu, setakat panas je. Google sana sini, Ummi jumpa caranya nak bagi nasi sejuk tu lembut macam nasi baru dimasak. 

Caranya;
1. Keluarkan nasi dari rice cooker, letak dalam penapis
2. Basuh semula nasi sejuk tu (Ummi basuh sekali je sambil ramas² dgn lembut nasi agar tak berketul), toskan dan masukkan semula ke dalam rice cooker.
2. Masukkan air hingga paras nasi. 
3. Tekan button on  dan biarkan nasi masak macam biasa. 
4. Bila dah masak, keep warm kalau nasi masih lembab. Tutup suis bila nasi dah kering. 

Gambar nasi takde, letak gambar bibik tengah masak nasi boleh kot nooo :D 

Alhamdulillah petua ni berjaya . Nasi 5 pot tu dihabiskan dengan jayanya tanpa seorang pun tahu itu adalah nasi sejuk semalam ☺️


Tuesday 16 April 2024

Udang Masak Lemak ala Intan Najuwa

Ternampak di TT, Datin Intan Najuwa buat review produk. Ada bawang kisar, kunyit hidup kisar, cili padi kisar dll. 

Then, Datin buat product demo. Dia buat Udang Masak Lemak guna bahan² tu ... Ummi suka tengok dia masak, selain sorang lagi Datin muda, Datin Atikah Suhaimi. Sempoi ja depa masak tapi maintain vogue ☺️ 

Udang Masak Lemak ala Intan Najuwa 
Sumber: Datin Intan Najuwa via TikTok 

Bahan-Bahan : 
Udang - dibersihkan
Bawang merah - dikisar halus 
Kunyit hidup - dikisar halus 
Cili padi - dikisar halus [letak 1 cili padi merah + 4 cili padi hijau] 
Serai - diketuk 
Santan kotak 
Asam keping 
Garam 
Pucuk ubi - Ummi tambah 

Cara Penyediaan:
1. Masukkan udang dan serai ke dalam periuk. Buka api dan kacau udang hingga berubah warna
2. Masukkan bahan² kisar dan santan. Kacau sebati semuanya
3. Masukkan pucuk ubi, asam keping dan garam. Masak seketika hingga pucuk ubi lembut. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul. Tambah air jika perlu
4. Sesuaikan rasa, tutup api. Siap! 

Mudah, cepat dan sedap. 

Selamat mencuba 🤗

Ke Pusara Ayahanda

Hanya Allah yang tahu perasaan Ummi bila dapat memziarahi pusara Ayahanda; Almarhum Pak (Tok Wan for the kids). Pergi meninggalkan Ummi 23 tahun yang lalu.

" Pak tak dak harta nak tinggal ke mu, belajar molek², hanya dengan pelajaran dapat ubah nasib kita" 

Masih kekal kukuh dalam ingatan pesan arwah yang dituturkan lebih 20 tahun lalu. 

Bagaikan tahu masanya akan tiba, Tok Wan juga pernah berkata, 

"Pak rasa Pak tak dan tengok mu bulih ijazah, tapi takpa la. Pak tengok dah mu masuk universiti"

Tok Wan pergi selamanya waktu Ummi sedang berjuang di medan ilmu demi segulung ijazah yang didambakan. 

Walaupun hanya sekadar merenung nisan tak bernyawa namun sedikit sebanyak rindu yang tersimpan terlerai juga. Moga rindu yang tak pernah padam ni Allah gantikan dengan pertemuan abadi di syurga-Nya kelak 🤲 Itulah DOA Ummi saban waktu; moga Allah himpunkan Ummi dengan seluruh ahli keluarga khususnya Tok, Tok Wan, Pakcik semula di sana kelak. 

Rindu sangat² 😭😭😭

Monday 15 April 2024

Back to School @ 6 Syawal

Anak² dah kembali ke sekolah, tinggal Ummi menguruskan kain baju yang bertimbun 😅 Alhamdulillah proses membasuh dan melipat kain baju dah selesai. Yang belum ialah nak menggosok segala pakaian yang perlu dan boleh digosok, termasuk pakaian harian. Ummi jenis gosok baju harian pun :) 
Berbakul² jugalah nak diuruskan :) 

Buah tangan dari Kelab Sukan & Rekreasi syarikat. Dapat sebelum raya tapi sebab Walid tak masuk ofis besar, hari ni baru bawa balik ke rumah. Ada Kerepek Bawang, Kacang Kuda Pedas dan Cookies. 

Ni Ummi pula dok melayan kuih raya lepas berbuka. 

Baru nak moola puasa 6 🤭

Sunday 14 April 2024

Balik ke Asrama @ 5 Syawal

Lebat betul hujan petang semalam (Ahad). Dengan guruh, petir, angin semua ada. Elok Azan Asar berkumandang, elok kami sampai di masjid. Elok pula turun kereta, guruh punyalah kuat sampai terkejut Ummi. Lari masuk dalam masjid, basah juga seluar dan stoking dek hujan dan tempias yang masuk ke perkarangan masjid. Allahu Akbar takut sungguh masa tu :( 

Bye Abang! 

Rupanya ramai yang lewat tiba di asrama semalam. Hujan lebat, semua tunggu nak park kereta dekat area berbumbung. Katanya kereta beratur hingga melimpah ke jalan utama nak masuk ke sekolah. 

Jamuan raya sekolah/kelas belum tahu bila tapi Ummi bekalkan siap² baju Melayu utk Abang dan Angah. Baju tahun lepas. Baju raya tahun ni belum sempat gosok lagi. Untuk jamuan dorm, beli lemang dan rendang je. Takde mood nak memasak lagi, dalam proses selesaikan urusan kain baju dan barang² basah pun belum top up lagi. Pelan-pelanlah kan... 

Sakit tekak Ummi dah beransur pulih tapi sekarang ni batuk pulak! Menjadi² sampai terganggu tidur :( Bila tak sihat ni, kurang cergas jadinya, sedangkan banyak kerja perlu disiapkan. Timbul pula stress 🙆