Tuesday, 19 September 2017

"Acik ustazah ke?" 😆


Semalam Abang call suruh Umi jemput dia di sekolah time lunch. Dia sakit perut, cirit birit. 

Umi sampai school time rehat. Depa baru lepas makan dan solat zohor. Nampak je Umi kawan2 dia datang serbu. Macam2 lah soalan; kenapa dgn Fawwaz?, Fawwaz sakit apa dsbnya. Ada yang datang report;  tadi nampak Fawwaz lentuk kepala atas mejalah, pegang perutlah hehe... Bagus kawan2 sekelas Abang ni. Prihatin belaka.

Tapi ada satu soalan yang Umi nak tergelak bila alya tanya Umi "acik ni ustazah ke?" 😆 hahaha....

Sebenarnya Umi dah biasa dah dapat soalan macam tu :) 

Hari tu masa first day Abang start join kelas tahfiz pun ada sorang naqibah ni (student uia) datang kat Umi ajak duduk dalam sikit, takut nanti bising anak2 nak hafal. Umi cakap lah "saya tunggu anak ". Terus dia cakap minta maaf saya ingat ustazah 😁

Umi ni dulu sekolah agama. Nak tak nak penampilan dan pembawakan ala2 ustazah tu adalah sikit2 hikhik... 

Dah kata ustazah tu mai Umi nak bagi nasihat sikit; 

Credit source. 

Sunday, 17 September 2017

Sukan Pasti 2017



Dua hari sebelum hari sukan Angah ni Umi dah start demam & flu. Berselimut je depan TV. Depan TV tu 😆 

Alhamdulillah semalam dah OK. Dapatlah tengok Angah bersukan. Kali ni sukaneka ni dibuat di padang kg baru batu caves. Cuaca panas betul tapi anak2 semua happy je tengok. Sekali sekala depa comot, berpeluh, berpanas apa salahnya kan. Angah & kawan2 Pasti dia time game pun berkaki ayam je. Kena selut/lecak sebab hujan hari sebelumnya lantaklah. Umi dulu berkubang dalam bendang chill je 😁 


Ex students datang bagi sokongan. Cayalah! 

Comel je Adik posing. Sampai terlentok kepala 😂




Kakak siap tanya Walid " mana baju (sukan) Kakak? "... Hahaha tunggu next year ye Kakak. 


Angah masuk 3 acara; kitar semula, susun piramid & nasi ambeng. Acara nasi ambeng tu bunyinya menyelerakan haha. Ingatkan adalah makan2 rupanya inilah gayanya...

Bawak bola dalam talam rupanya :) 


Masuk 3 acara dapatlah 3 pingat. Tak kisahlah no berapa pun janji anak2 ni happy. Depa pun bukan nya kisah color medal tu. Yang depa tau & excited lepas lawan je semua dapat naik stage, dikalungkan medal & bergambar. Tukang bagi pingat tu pun dah hafal skrip "OK pegang pingat, senyum..1,2,3... ". Parents pun pakat snap gambar anak masing2. Ok next.... Gitulah sampai habis....



Ini pula gambar baby najaah, montel sungguh. Umi pegi kenduri aqiqah dia even demam sebab dah lama tak jumpa ibunya, junior Umi Walid masa di uni dulu. Sekarang ni Umi Walid lebih suka penuhi jemputan dari kawan2 yg kami tak pernah sampai lagi rumah mereka  jika ada pertindihan. Last time jumpa parents najaah ni masa depa kawin, di kuale kangsor, few years ago. Anak sulung depa pun dah 6 tahun. Moga najaah menjadi anak yg solehah ye sayang...




Tuesday, 12 September 2017

Bukan jangkitan influenza alhamdulillah...


Seminggu sebelum raya haji hari tu, cousin depa Anis kena warded hampir seminggu jugaklah. Sebabnya demam and bronchitis. Kena neb every 2 hourly kalau tak silap. Biasalah baby bila selsema lama2 kahak berkumpul dalam paru2. Akibatnya sukar bernafas dan jantung jadi laju.

Kami balik raya hari tu pun jumpa sekejap je dengan anis & maksu. Anis ni asyik nak 'memgempeng' je dengan ibunya. Tak selesa kan... 

Rupanya Una pun demam juga. Muntah and cirit. Tapi memang ada je di rumah Tok Umi, main dengan Abang & co. Siap mandi kolam lagi sama2. Lepas tu dapat MC seminggu sebab demam tak kebah2. Alya the other sister pun tak berapa sihat but sama juga dgn k.unanya mai main dengan Abang & co. Yelah kami pun balik kampung  sekali sekala, mestilah depa nak jumpa, nak main sama dengan Abang & co. 

Masa overnight dekat rumah abg cik tu Angah dah start demam. Pakcik dia bagi ubat before we drove back to KL kurang sikit suhunya. On the way tu maksu depa message, rupanya Anis kena jangkitan influenza. Patutlah demam nya berlarutan, tak kebah-kebah. Cuak gila Umi time tu sebab takut our kids pun terkena sekali. 2As anak2 maklong pun khabarnya dah start demam, sama juga dengan Abang. Abang cakap dia rasa dizzy. Kakak pula start coughing and had runny nose. 

Next day tu Umi bawa Abang, Angah & Kakak pergi Klinik. The boys tu pontenglah sekolah hari selasa tu. Each of them doc bagi antibiotic. Alhamdulillah the boys recovered but Kakak still had cough & flu. 

Start sabtu malam dia mula demam, on and off. Sampai habis ubat demam yg ambik hari tu still tak kebah. So last night we brought her to clinic again. Told doc about the cousin who had the influenza but doc said it could not be sebab Kakak demam tak consistent. Even masa cek temperature tu pun 36.7 je. This is due to immune system sebab both her elder brothers demam earlier so berjangkitlah. Alhamdulillah lega Umi. Speedy recovery ye Kakak. 


This one remains strong & healthy yeah 😁



Friday, 8 September 2017

Cendol Durian Mowla


Cendol Mowla ni memang femes dekat Gombak ni tau. 

Masa viral cendol durian baru2 ni Umi rilek je. Teringin memang teringin tapi tidaklah sampai sanggup mencari. Tapi bila ada kawan Umi yang mengajar dekat international school di Gombak  tu post gambar dalam fb terus Umi ajak Walid try. Bukan apa, tempatnya kami familiar sangat. Dekat BMI (sekarang UniKL Gombak). 

Lokasinya di food court sg pusu. Dekat gate tepi uia, berhadapan BMI. Area sekolah al amin & international school tu. Warga Gombak especially warga UIA mesti tau la area ni.

Sampai je kat gerainya terus Umi order "cendol durian 2 dik. Bungkus". Confident sungguh padahal duit kat tangan RM20 je. Walid tunggu dalam keta. 

Tapi baiknya alahai Adik tauke cendol mowla ni. Siap bagitau " hari ni kita ada durian tembaga. Kita bagi 2 ulas, harga RM13 sebekas". Macam tau2 je Umi tak cukup duit 😆 elok juga dia bagitau siap2 kang dah siap terkejut pulak dengan harganya, 2 bekas cendol sampai dua puluh nam ringgit. Kang tak pasal jadi viral pulak 😉

 Terus Umi keluar ayat cover line " oo...durian tu bukan isi je ye, memang letak seulas2 lah ye?. Bagi satu je la dik. Lagi satu cendol mangga (RM4 je 😀). 


Seriously sedap sangat cendol durian ni. Berebut-rebutlah kami anak beranak nak kan isi durian tu haha... Yang cendol mangga tu pun sedap. 


Selang sebuah dari gerai cendol tu ada gerai jual western food. Duduklah menyinggah situ sambil minum cendol. Walid order chicken chop & fries. Sedap betul sos chicken chop tu. Harga pun tak mahal sangat. Area sinikan ramai students; uia + bmi. 


Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga w/pun makan/minum berebut-rebut. Itu yang seronok tu. Datang pun sekadar nak merasa. Ada rezeki next time kita datang lagi. Makan puas-puas insha Allah. 

Tuesday, 5 September 2017

Pantun raya haji 😃


Gambar keluarga takde. Kakak pakai baju maksu sponsor. Dress Adik beli di Aeon. Yang lain semua pakai baju raya puasa je :)

Balik kampung hari merdeka
Jem sana jem sini
7.30 pagi mula kembara
Sampai Ipoh 12.30 tengahari

Rumah baru pakcik yang cantik.
Doakan rezeki kami juga 😆

Nasi ayam hidangan tengahari
Teh O Makcik sajikan
Terowong menora gigih didaki
Rupanya ada lori kemalangan

Dari Sg Perak ke Jitra
Perjalanan lancar syukur sekali
Umi Ayah tersenyum gembira
Anak cucu sudah kembali

Pagi raya hujan lebat
Jemaah datang berlari-lari
Surau baru nampak hebat
Suasana lapang selesa sekali


Tok Umi masak nasi beriani
Makan bersama rendang ayam
Rumah k.ngah kami ziarahi
Mee rebus sungguh mengancam 



Umi di dapur sibuk memasak
Kambing bakar kari ayam
Ibu ayah ralit berborak
Anak2 asyik main kolam

Apalah agaknya Abang tengah cerita dengan sepupu2nya tu

Raya kedua sembelih lembu
Giliran Tok Ayah buat qurban
Daging goreng kicap toyu
Sup tulang jadi rebutan

Dah namanya Abang, tulang paling besaq dia rembat 😁

Naik kereta ke Padang Perahu
Singgah sebentar beli ketam
Makan kuih dengan maruku
Lagi sedap ketupat pulut hitam


Bunga betik buat kerabu
Makan bersama ikan keli
Selamat ulangtahun ammar & ibu
Moga hidup terus dirahmati



Makan kenduri raya ketiga
Jemputan sahabat kami penuhi
Terima kasih wahai saudara
Ada masa jumpa lagi



Buah cempedak sempat dibeli
Rasanya manis sangat asli
Darulaman Perdana kami telusuri
Moga ada rezeki menghuni

Lebuhraya sesak siang malam
Semua maju tanpa undur
Singgah Ipoh tumpang bermalam
Lepas makan terus tidur

Aidil adha berlalu pergi
Moga beroleh berkat Ilahi
Terima kasih daun keladi
Ada rezeki jumpa lagi 😁

Monday, 4 September 2017

Pesta ayaq!



Inilah aktiviti wajib Abang & co bila balik kampung; mandi kolam. 




Balik kali ni ada 4 biji kolam Tok Umi beli. Maklumlah cucu ramai. Sikit hari lagi kita minta Tok Umi korek tanah buat swimming pool teruslah 😉 

Yang rajin 'berkisah' nak pump kolam, isi air semua Uda lah. Tukang kemas pulak paksu. Umi tukang perati je :)



Friday, 1 September 2017

Merdeka!



Angah dengan schoolmates dia sambut hari merdeka jumaat before cuti sekolah hari tu. Macam biasa, ada perarakan dari sekolah ke padang. Seronok budak2 sekali sekala dapat keluar dari kawasan sekolah. Jalan ramai2 sambil kibar bendera.



Habis perarakan pakat buat topi merdeka pulak. Tiap2 tahun inilah kraf yang depa buat. Umi tengok tahun ni Angah color cantik dari tahun lepas. Dah ada improvement :) 



Moga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini berkekalah hendaknya.