Tuesday 8 November 2011

Eidul Adha 1432H

Alhamdulillah, masih diberikan umur olehNya untuk menyambut Aidil Adha buat kesekian kalinya.. Pun begitu, Aidil Adha saya kali ini amat berbeza sekali..for the first time in my life, saya beraya di perantauan..huhuhu.. tapi, bak kata my other half (MOH)tidak kira dimana kita beraya, janji satu keluarga ada bersama-sama. Yup!

However, being a Kedahan tradisi balik kampung untuk berhari raya bersama family masih kuat diamalkan seperti juga di Kelantan & Terengganu. Tidak kira raya puasa atau raya haji. Malah, kanak-kanak pun akan dapat duit raya haji! Itulah indahnya berhari raya di kampung halaman saya.

Namun begitu, saya telah merasai pengalaman yang indah berhari raya di KL. Malam raya kami sempat pusing KL untuk melihat suasana malam di ibukota. Tapi suasana hanya seperti biasa, masih banyak kenderaan di sana-sini. Seolah-olah tiada apa akan berlaku esok hari. Kalau di kampung, berbeza sungguh suasananya. Hurm..

Pagi raya sayup terdengar takbir berkumandang, menambah sayu di hati. Tapi saya meraih pengalaman baru, bila bersama-sama menyaksikan ibadah korban dijalankan. Di tempat saya, hanya orang lelaki yang akan terlibat, tetapi di kawasan kediaman saya ini, lelaki perempuan sama-sama memeriahkan upacara ini. Tujuh ekor lembu dan seekor kambing (aqiqah) telah dikorbankan. Tengahari, diadakan kenduri tapi saya tak pergi pun. Anak-anak dah tidur masa tu..

Hj Sharin Low, tauke Chinese Muslim restaurant turut menyertai korban kali ini

Satu keluara, 7 org mengorbankan seekor lembu.. comey sungguh melihat telatah si bongsu memegang tali lembu sbg peserta korban

Despite berhari raya di perantauan, saya rasa saya telah berjaya memaknai maksud pengorbanan itu sendiri.. Cheers!

No comments:

Post a Comment