Tuesday 22 November 2011

Syabas Harimau Malaya!


Hari ni gegak gempita satu Malaya dek kemenangan team Harimau Malaya dalam final bolasepak Sukan SEA 26. Lebih manis kejayaan menumpaskan team Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, stadium keramat di hadapan lebih 100 ribu penyokong tuan rumah. Kemenangan ini adalah kali kedua berturut-turut Malaysia dalam edisi Sukan SEA. Terdahulu Malaysia menang dia Sukan SEA Laos 2009.

Saya salute dengan SELURUH team bimbingan Ong Kim Swee ini. Mereka masih muda belia (had umur untuk pemain adalah 23 tahun utk kejohanan ini) tapi mereka berjaya menunjukkan semangat juang yang amat tinggi. Pelbagai cabaran di tempuhi oleh mereka antaranya bas mereka ditahan penyokong Indonesia di luar Stadium hampir sejam, dicemuh dan dihina pelbagai nista, terpaksa menaiki barakuda, hanya kerana kita orang Malaysia. Berdasarkan laporan media massa, pelbagai karenah dan layanan tidak mesra alam telah diberikan oleh pihak penganjur kepada kontinjen Sukan SEA kali ini terutamanya kontinjen Malaysia. Setiap kali atlet negara bertanding dalam sesuatu acara, mereka akan di'boo' dan diganggu secara psikologi. Itu belum termasuk penyokong fanatik yang bersikap kurang ajar ketika Negaraku dikumandangkan setiap kali atlet kita meraih pingat.

Pengalaman menaiki barakuda bukan pengalaman pertama bagi Apex. Awal tahun ini dalam kejohanan AFC, situasi sama berlaku apabila pasukan negara dihalang ke stadium oleh penyokong fanatik garuda. Sepatutnya pihak pengajur mengambil iktibar kerana Sukan SEA adalah sukan bertaraf antarabangsa, sepatutnya dianjurkan secara professional, bukan dijadikan medan untuk membalas dendam, mencipta ketegangan dan mencetuskan permusuhan. Setahu saya, matlamat asal Sukan SEA (dengan nama awal Sukan SEAP) diwujudkan untuk mengeratkan silaturrahim antara negara anggota. Namun, Sukan SEA kali ini gagal mencapai matlamat tersebut.

Edisi kali ini juga menyaksikan 2 orang penyokong Garuda meninggal dunia kerana dipihak dalam kucar-kacir yang dicetuskan mereka sendiri gara-gara tiket perlawanan akhir 'sold out'. Ramai yang tercedera. Kaunter tiket juga dibakar. Takziah kepada keluarga mangsa. Inilah akibatnya jika terlalu ikutkan rasa hati.

Sebagai penutup, saya pinjam status FB seorang rakan "Malaysia menang kerana ada seorang MUSLIM, seorang Tamil dan kita ada Khairul Fahmi Che Mat, yang CHERMAT menjaga gawang, Baddrul Bakhtriar yang sentiasa BERIKHTIAR mencipta peluang dan semestinya kita ada ONG (Ong Kim Swee)!"

Sekali lagi tahniah! Dan saya amat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA!Negaraku...tanah tumpahnya darahku...

Photo: The Star

Jumpa lagi...:)

No comments:

Post a Comment