Tuesday 28 February 2012

Kenduri Kendara 2 & 3

Keberkatan hidup hadir dalam pelbagai wajah dan bentuk. Beroleh kesempatan tinggal di kejiranan yang baik, juga salah satu rezeki. Walaupun nilai kesepakatan tatkala mengadakan kenduri tidak setinggi dulu, tapi ada ketikanya ia masih diamalkan juga. 

Kesempatan memenuhi jemputan walimatul urus salah seorang jiran, menemukan saya dengan pelbagai wajah dan watak. Mungkin hari-hari biasa kami hanya sempat melambai 'hai hai bye bye' tapi bila duduk semeja  makan bersama lebih menyeronokkan. Terperasan anak remaja jiran saya sudah berjerawat di dahi...:) Fawwaz pun bakal menginjak ke alam persekolahan tahun depan, terasa amat cepat masa berlalu. 

Terima kasih tuan rumah
Keesokannya kami memenuhi satu lagi jemputan ahli kariah surau. Kali ini majlis diadakan di dewan. Jemputan hanya datang berlenggang. Konsep jemputan kenduri di kejiranan saya agak unik. Pihak tuan rumah akan menampal kad jemputan di notice board surau dan jemaah yang hadir dikira menerima jemputan tersebut. Tuan rumah juga akan mengwar-warkan jemputannya kepada jemaah. Jadi, jimat masa dan tenaga untuk membuat jemputan satu rumah ke satu rumah.

Majlis di Dewan Beringin
Menyelak diari, saya dapati hujung minggu saya untuk bulan Mac ini sudah penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, orang sekarang berkahwin sudah tidak kira musim.

No comments:

Post a Comment