Tuesday 12 June 2012

Makan Malam di Punclut, Puncak Kota Bandung


Gerai Teh Ita, gerai yang paling sedap menurut Maria
Salah satu tempat makan istimewa terutama di waktu malam sekiranya anda berkunjung ke Kota Bandung ialah Punclut atau pun puncak, untuk kita melihat seluruh Kota Bandung. Namun, tempat ini jarang di kunjungi oleh orang luar, mungkin kerana ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ini. Kami bertuah kerana di temani oleh Maria yang sudi membawa kami ke sini. Perjalanan mendaki bukit di waktu malam dengan jalan yang sempit (di kiri kanan jalan adalah rumah-rumah penduduk) dan lampu jalan yang terhad agak mendebarkan. Menurut Maria beliau pernah ke sana membonceng motosikal. Pastinya ia lebih mencabar kerana bukitnya agak curam dan jalannya menegak.

Punclut di lengkapi dengan deretan gerai-gerai di puncak bukit. Kebanyakannya menjual menu yang sama, makanan tradisi masyarakat Sunda. Kedai-kedai di buka 24 jam sehari! 

Kami di bawa ke satu gerai yang menaik dan sedap masakannya menurut Maria. Pelbagai menu di sediakan seperti ayam, ikan, tauhu, oncom (taucu), petai, lalapan (ulaman) dan sebagainya yang tidak dimasak sepenuhnya . Anda hanya perlu memilih item tersebut dan pilih sama ada ingin di goreng atau di bakar. Pilihan nasi pula terdiri dari nasi putih, nasi perang atau nasi merah. Kami memilih nasi merah. 

Pilihan lauk pauk
Saya agak kalau di sini kita panggil beras pulut hitam, di sana panggilnya beras merah
Sebelum...
Lebih enak, hidangan di nikmati dengan duduk bersila/bersimpuh di atas tikar rotan yang di sediakan maka inilah hasilnya...:)

Selepas...:)

No comments:

Post a Comment