Wednesday 2 January 2013

Abang 1st Day School

2 Jan 2013

Pelbagai aksi Abang yang dirakamkan untuk kenangan kami sekeluarga
Abang memulakan langkah pertama bergelar pelajar. W/pun baru memasuki tadika, kami sangat teruja. Ini pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa - melalui proses pendaftaran, bayar yuran, sesi taklimat dsbnya. Kami berdua mengambil cuti khusus untuk menyertai Abang dan sama-sama melalui pengalaman pertama ini.

Keterujaan bermula dari awal membeli perkakas sekolah Abang. Tidak banyak hanya kasut putih, stokin, beg dan sedikit alat tulis. Pakaian seragam dibekalkan oleh pihak Pasti. Bukan setakat Abang yang excited, rasanya Umi & Walid berlebih-lebih lagi...:) 

Mula-mula dia OK tapi bila tidak kelihatan Umminya, dia mula hilang arah. Tapi tidak sampai ke tahap menangis. Sesi hari ini berakhir jam 9.45 pagi. Aktiviti yang dijalankan hanya mewarna, itu pun hanya separuh jalan. Dia yang biasa aktif, mula rimas...:)

Namun, alhamdulillah segalanya lancar untuk hari pertama.
 Doa saya:

"Alhumma faqihhu fid din, wa 'allimhu takwil, wahdina ila sirotol mustaqim"

No comments:

Post a Comment