Monday 14 January 2013

Ayam Goreng Berempah


Selama ini saya mencuba-cuba menyediakan ayam goreng berempah, tapi selalunya failed. Aik, goreng ayam pun fail? Hehehe.. Fail di sini bermaksud kurang rasa, kurang rempah dll ye.. Yang pasti ayam tu tetap selamat............masuk perut....:)

Tapi kali ini sangat menjadi, sesuai dengan citarasa tekak kesayanganku ini. Enteng bangat rupanya. Tak perlu bahan bagai cuma perlukan:-
semestinya Cik Ayam - potong ikut suka
Halia
Ketumbar
Bawang Putih
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Saya guna serbuk ketumbar. Bawang putih & halia dikisar (kisar kering). 
Gaulkan ayam bersama garam
Then lumurkan dengan campuran bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar.
Perap - saya perap semalaman.
 Besoknya. goreng aja ye.

Resepi ini saya 'cedok' dari  DAPUR KAK SHA. Terima kasih atas perkongsian ilmu ye kak.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment