Thursday 15 August 2013

Akhirnya ketemu jua...:)


Salam Syawal buat semua...

Pejam celik pejam celik dah masuk 9 Syawal hari ni. Puasa enam pun masih berbaki separuh lagi... niat sebenar nak upload gambar raya tapi masih ada beberapa halangan. Kiranya dalam proses mengumpul bahan...:) Maklumlah gambar bersepah di sana sini - wassapnya, FBnya, phone sendiri, phone hubby dll...

Ok, masuk hari ke 8 baru saya dapat merasa nasi impit dan kuah lodeh. Maklumlah, kita beraya di Kedah, bukan di Johor... ini pun saya masak sendiri buat hidangan iftar semalam. Resepi? Saya cedok dari DAPUR KAK AZIEJAYA yang sentiasa menghidangkan menu-menu yang 'terangkat'.

Saya regukan dengan sambal tumis telur, yang juga menjadi lauk berbuka semalam. Maklumlah, hubby jenis makan nasi.. kena juga sediakan nasi dan lauk untuknya. Oops... resepi sambal tumis telur pun kepunyaan K.Azie juga...:) KLIK Sini untuk resepi. Terima kasih daun keladi K.Azie...

Till then.. .selamat menyempurnakan puasa enam!

No comments:

Post a Comment