Monday 26 August 2013

Catatan Eid 2013... pt 2

Hari ni nak sambung cerita raya kami... sebagai kenangan di masa depan...:)

10 Syawal

 

Kami memenuhi jemputan open house K. Wani & Abg Wadi (kini dilantik sebagai YDP YADIM) di PJ. Kalau ikutkan setiap tahun mereka berdua menjemput kami, cuma baru tahun ini kami berkesempatan. Mungkin sebab majlis diadakan pada waktu malam, senang sikit nak arrange masa. Dah lama tak jumpa K.Wani, rupanya beliau juga sedang berbadan dua. Jangkaan waktu bersalin kami juga sekitar bulan yang sama. Alhamdulillah...

Antara yang sempat saya temui malam tersebut ialah Ustaz Nazri BIMB, Ustaz Suhaimi KFH, Ustaz Hakim AmTakaful, Dr Noraini UIA dll. Saya juga nampak kelibat Dr Nurdin SC bersama keluarga dan Hj Rustam BNM. Terasa seperti masih berada di dalam 'circle' mereka...:) 

11 Syawal

Anak-anak kami, - Ammar, Fawwaz, Nawfal & Aufa
Kami menerima kunjungan sahabat lama, Dani & keluarga yang turun dari Kuantan juga B's best buddy, Mat Du. Seawal jam 6.45 pagi saya ke pasar sebab plan asal  nak masak nasi minyak untuk Dani & keluarga tetapi memandangkan mereka datang sebelah pagi, saya hanya sempat menggoreng mee. Begitu juga untuk Mat Du, yang hadir bersama dua orang anak saudaranya. 

Abang & Angah bersama Imran.. seronok mereka kalau ada tetamu, mesti diajaknya main basikal
Memandangkan usia kandungan sudah masuk ke trimester ke-3, saya memang kepenatan walau hanya melayan tetamu di rumah. Petang itu dan keesokan harinya, saya 'collapse'. Kaki cramp & jam. So Ahad tu memang kami tidak kemana-mana. Hanya berehat di rumah walaupun ada 1-2 jemputan yang kami terima. 




No comments:

Post a Comment