Friday 30 August 2013

Catatan Eid 2013 pt 3

Kembali bersiaran... sejak dah jadi FTHW ni kemain liat nak update blog...:)

By the way, sebagai catatan kenangan saya gagahkan diri untuk meneruskan part seterusnya untuk kenangan raya kami tahun ini.

16 Syawal
Saya, Abang & Opal ke open house ofis saya Jumaat lepas. Hubby tak dapat ikut serta kerana beliau bekerja. Jamuan diadakan selepas solat Jumaat. Saya bawa biskut Cornflake dan kuih jala sebagai buah tangan. Alhamdulillah nampaknya tahun ini menu bertambah... murah rezeki **RT. 

Sampai je di ofis Abang & Opal terus minta nasi...:)

Nasi Arab air tangan Kak Salmi

Tiap tahun soto Kak Salmi mesti ada dalam menu list

Nasi Arab, Ayam Bakar, Puding, Spaghetti, Sup Tulang, Kuew Tiau Goreng dll antara menu yang ada tahun ni

Rempeyek 2 balang tu En Boss yang bawak
Roti Jala yang saya tempah di Kafe Mesra Ria

17 Syawal
Sambal tumis telur tak sempat saya buat...:)
Sabtu pagi saya dan anak-anak hanya berehat di rumah sementara Hubby service kereta. Mulanya kami ada jemputan untuk reunion batch Hubby tetapi last minute cancel. Ada juga jemputan kenduri kahwin untuk Hubby tetapi dek kerana buat major service untuk si Queen Anne, terpaksalah let go je. Hampir jam 2 baru Hubby balik ke rumah. Sekitar jam 4 petang kami terima panggilan telefon dr Ida, nak datang rumah dengan parents dia. Melompat saya turun dari katil, terus masak kuah lodeh. By the time depa sampai, tinggal nak goreng tauhu dan tempe je, alhamdulillah. Saya juga hidangkan muffin pisang yang saya buat sebelum tu. Jadilah, last minute notice kan? Tak lama kemudian Spy & keluarga sampai pula.

18 Syawal
Hari ni turn kami keluar beraya. Ada beberapa jemputan yang kami terima dan saya rekodkan disini untuk kenangan suatu hari nanti:-
  1. Open House Sue & Shukri
  2. Open house Shahrul & Ani
  3. Open house Ana & Azmi
  4. Walimah Sakinah & pasangan
Memandangkan keadaan saya yang semakin sarat, kami memilih untuk memenuhi jemputan Ana dan Tn Hj ASK sahaja. Kedua-dua majlis hanya di sekitar Gombak.

Kami ke KKlub dahulu untuk kenduri anak Tn Hj kemudian ke rumah Ana.


Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fil khair
Simple but elegant bagi saya
 Petangnya K.Chah & K. Ani, dua pupu suami datang beraya. W/pun ada hajat lain, tapi kami terima dengan hati terbuka...:) Saya jamu mee rebus dan kuah lodeh, alhamdulillah. 


No comments:

Post a Comment