Monday 7 October 2013

Bukit Fraser... disini chentaku tertumpah... :)



 

Amboi tajuk sikit punya jiwang... hahaha..

Alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga sempat bercuti di Bukit Fraser (BF). Third time for me, Walid & Abang but 1st time for Angah. Sebenarnya saya memang suka dengan environment di Bukit Fraser. Cuma yang tak tahannya jalan nak ke sana memang berbengkang-bengkoklah.. dah namanya bukit kan.. mana ada jalan lurus...:) Baru half way, Opal dah muntah.. kebetulan pulak saya pakai t-shirt putih hari tu.. amek ko.. konon nak posing2 lawa ngan baju import dari Bandung tu.. niat tak betul kan.. kami stop sekejap dekat dam (Empangan Sungai Selangor, milik Splash) sebelum meneruskan perjalanan. Berehat sekejap, tukar baju dan bersihkan muntah.

Last time, air dam ni penuh.. lagi cantik but this time air tinggal suku je kot.. so berjimat cermat ye guna air tu...:)
Last time we went to Bukit Fraser we stayed at rumah rehat kakitangan NUB. Sewa semalam RM10 je. But since hubby already left the company so we booked an apartment for this time. Lagipun bawak Mak sekali, sesuailah dok apartment 2 bilik tu. Booking kami buat thru Puncak Inn, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser but kami ditempatkan di Silverpark Resort. Puncak Inn hanya menyediakan bilik hotel sahaja.

Puncak Inn
Sebelum ni juga ada jadual naik-turun dari Bukit Fraser but now dah ada different route untuk naik dan turun. One way up and one way down. So bila sampai kat Gap (ala2 pit stop) u boleh terus naik ke BF, x perlu tunggu macam sebelum nie. Jarak dari sini ke puncak BF lebih kurang 8km je. Tapi kami berenti sekejap minum teh kat gerai di situ sambil makan bekal. 

 


Gap - dulu kena stop kat sini before naik ke BF. But now dah jadi 1-way.. boleh naik & turun anytime
Masa ni Opal dah tak berbaju. Dia asyik muntah je... around 11.30 kami sampai di BF. Nak check-in bilik belum ready so we just lepak-lepak dulu kat Taman Awam BF. Then we had our lunch at a nearby wakaf. Home-cook lunch sebab food kat sini memang mahal. Maklumlah, atas bukit kan... lori ikan or kedai runcit memang takde. Anything kena beli kat Kuala Kubu Baru, which is the nearest town. Petrol pun uols isi siap2 kat KKB ye kalau nak naik ke BF. Atas ni takde stesen minyak.


 


Then we check-in at the Silverpark Apartment around 1 gitew. Solat & rehat la... Fasiliti yang disediakan di sini - dapur elektrik, fridge, kettle & fully furnished perabot. Pinggan mangku & cutlery set uols bawak la sendir. Aircond & fan memang takde ye, sebab suhu kat sini memang sejuk & breezy je. Memang sedaplah nak lepak & bermalas-malasan... zzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

 

Master bedroom
 
 
2nd bedroom
Petang kami just lepak kat public area depan BF's landmark, the clock tower. Sempat jugaklah beli baju sorang selai & sikit souvenir.  Seronok lepak kat sini, it was so relaxed and cool. Feeling2 dok oversea gitew...

Tempat wajib amik gambar

 

Lepak depan Fraser's Hill Golf Club
Malamnya konon nak BBQ tapi pemanggang ajaib yang saya bawa tu x compatible plak dengan dapur elektrik yang disediakan. So terpaksalah goreng seafood yang saya dah bawa dari rumah tu. But alhamdulillah, it was a fun & happening night for us. Nak-nak pulak layan bola masa tu. Tapi channel tv kat sini hanya tv1, tv2 & tv3.. so old school..hahahaah.. 

Mehlah kita layan gambar... Opal dah bangun tido, nak kena layan dia pulak. Till then, take care!

Subhanallah.. what a breathtaking view right?


Geram!

Cantikkan? Kebanyakan bangunan kat sini memang ala-ala kolonial...

2 comments:

  1. best kak!teringin plak nak pegi..berapa rate apmt tu?

    ReplyDelete
  2. Rm250...jgn lupa bwk plastik takut bdk2 muntah...he he... kl nak dok hotel kt shahzan inn, murah skit tp xleh masak le

    ReplyDelete