Wednesday 8 January 2014

Permulaan yang Baik



Sewaktu mula mendaftarkan Abang ke sekolahnya, saya tidak meletakkan sasaran tertentu terutama dari segi pencapaian akademik. Matlamat saya hanya ingin memberi pendedahan awal tentang persekolahan serta memberi peluang kepada dia untuk bersosial. Untuk akademik pula, memadai bagi saya jika Abang mampu mengenal ABC 123... 

Alhamdulillah Abang menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Abang berjaya menempatkan dirinya antara lima terbaik dalam kelasnya dalam kedua-dua peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Dia juga sudah mampu membaca dengan lancar di usianya 5 tahun, sudah boleh menghafal surah lazim dan doa harian. 

Akhir tahun Abang sekali membuat kejutan apabila terpilih sebagai Pelajar Tahfiz Terbaik (5 Tahun). Terharu saya. Namun sedikit ralat kerana saya tidak berpeluang melihat Abang naik pentas kerana masih berpantang ketika itu. 



Tok Umi menghadiahkan Abang sebuah Quran digital sebagai perangsang untuk Abang menjadi seorang Hafiz. 

Jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu Abang yang sangat berdedikasi mengajar, mendidik dan membimbing Abang. Semoga Allah merahmati kalian.

Kini Abang memulakan sesi baru persekolahannya. Semoga kecemerlangan terus mengiringi langkah kehidupan Abang. Amin.

No comments:

Post a Comment