Wednesday 15 January 2014

Tumpang bangga...



Suatu hari di sebuah bengkel kewangan Islam...

"Ladies & gentleman, please welcome our sifu, Dr Mohd Daud Bakar....". Begitulah saya menjemput beliau ke rostrum. Hampir ke rostrum beliau berhenti sebentar di sebelah saya dan berbisik, "please don't call me sifu". Lembut tetapi tegas. Itulah Dr Daud. Sangat merendah diri. Ketokohan dan kewibawaan beliau sangat dikagumi oleh para pengamal kewangan Islam di seluruh dunia.


Figura ini mempunyai aura yang tersendiri. Dalam dirinya terpancar karisma yang tinggi. Tutur katanya teratur, penuh hikmah. Sumbangan dan jasa beliau terhadap pembangunan kewangan Islam sangat besar. Tidak mengejutkan apabila beliau dipilih sebagai penerima anugerah perdana Maulidurrasul kali ini. Anugerah ini memberi makna yang besar bukan sahaja kepada penerima, tetapi kepada komuniti kewangan Islam juga.


"Masih jauh perjalanan.." ungkap beliau ketika membalas mesej tahniah saya. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik, hikmah dan hidayah kepada beliau untuk terus memberi sumbangan kepada ummat.


No comments:

Post a Comment