Saturday 17 May 2014

Siapalah saya tanpa mereka... titipan untuk guru


Hadiah Abang utk cikgu2-nya
Kali pertama mengenali insan bergelar guru ialah tatkala  menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Kekangan hidup waktu itu tak memungkinkan saya untuk ke tadika. Masuk darjah satu baru saya ke sekolah. Maka tidak hairanlah cikgu2 sekolah rendah adalah mereka yg sgt berjasa dlm hidup saya. Dari mereka saya mengenal abc 123...

Cg.jamil, guru kelas saya selama beberapa tahun antara yg saya sayangi dan hormati. Waktu itu pembahagian kelas dibuat berdasarkan bulan kelahiran. Bulan jan-jun kelas M (merah) manakala kelahiran bulan jul-dis kelas K (kuning). Senang!

Manakala Cg.Lee, guru bahasa Inggeris berbangsa Tionghua pula suka 'mengusik' dan 'membuli' pelajar. Sewaktu rombongan sekolah ke Melaka, beliau menjadi tourist guide utk kami, anak2 kampung yang kebanyakannya baru pertama kali keluar dari daerah pendalaman kami.

Cg.Othman, guru besar kami yg sgt garang & tegas. Seboleh mungkin kami mengelak utk bertembung dgn beliau!. Setiap pagi kami dikerah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, seperti mengutip daun2 kering. Kami juga dilarang makan di kaki lima atau longkang di hadapan kelas. Semua perlu makan di kantin. Beliau juga mewujudkan perpustakaan di kebun sayur sekolah. Setiap pelajar mesti mengamalkan budaya membaca. Ramai yg tidak sukakan beliau krn banyak pendekatan beliau yg tidak popular tapi berkat ketegasannyalah beliau diingati sehingga kini.

Ust. Ishak (PK HEM), Cg. Shidah & Abg. Mat (kerani sekolah) pula banyak membantu kami mencapai kecemerlangan dlm bidang sukan. Kami pernah menang pertandingan bola baling peringkat negeri.

Seingat saya, bila tiba hari guru tiada hadiah utk cikgu yg kami berikan. Maklumlah masing2 hidup spt kais pagi makan pagi... namun bila tiba musim buah-buahan, pasti penuh bonet kereta cikgu2 dgn durian, langsat, manggis, rambutan, petai dll. Arwah Pak akan menyimpan durian dari pokok yg paling sedap buahnya, yg biasanya dijual utk cikgu2 saya. Jika dihitung pastinya separuh guni buah2an utk setiap guru saya. Mungkin juga lebih...

Pulang dari sekolah rendah, kami akan ke masjid utk kelas mengaji petang. Kami belajar tajwid, fiqah, hafazan dll. Ustzh Azizah, Ust Adnan, Ustzh Aminah dan Ustzh Rokiah antara guru agama saya. Ust Adnan w/pun dgn rotan sentiasa di tangan tetapi tidak pernah sekali pun saya lihat beliau merotan pelajar. Tapi Ustzh Azizah memang garang. Mungkin suaranya yg lantang menyebabkan kami kecut perut. Bertemu beliau sewaktu solat aidilfitri bbrp tahun lepas, hampir saya tidak mengenalinya. Kurus tubuhnya menanggung sakit kencing manis sgt mengharukan.

Malam pula saya belajar mengaji al Quran dgn P.Lang & M.Teh. Selepas Maghrib saya akan ke rumah mereka. Tiada upah yg diambil. Cuma jika ada yang khatam muqaddam atau al Quran, ibu bapa akan menghantar pulut bersama pisang, sambal ikan bilis atau lebih mewah, ayam bakar ke rumah mereka sbg tanda syukur. Kedua-dua mereka makin menginjak usia. M.Teh diserang mild stroke bbrp tahun lepas manakala P.Lang menderita batuk berpanjangan hingga kurus.

Hanya DOA yang mampu saya hadiahkan utk mereka insan berhati mulia yg telah mengajar saya dari kecil hingga sekarang. Mungkin di lain kesempatan boleh saya coretkan tentang guru2 sekolah menengah dan universiti saya. Insha Allah.

Untukmu cikgu,








2 comments:

  1. Banyak kenangan mengusik jiwa bersama guru... tapi yang pahit bila dikenang jadi manis kerana sebahagian besar jasa mereka, kita menjadi manusia seperti hari ini.

    ReplyDelete
  2. Betul Kak. Bila dah cerdik/besar baru faham knp cikgu buat itu ini.. mcm parents jgk... selamat hari guru utk k.amie juga :)

    ReplyDelete