Saturday, 28 June 2014

Persediaan Menyambut Tetamu Istimewa


Ramadhan seringkali diibaratkan sbg tetamu istimewa yg datang bertandang sekali setahun. Amat bertuah jika kita dapat bertemu dgnnya. Hadirnya membawa pelbagai rahmat & berkat. Nak sambut tetamu istimewa mestilah mcm2 persiapankan?

Sebagai persediaan utk menyambut Ramadhan kali ini, seawal jam 7.15 pg kami sekeluarga bergegas ke pasar tani. Nak cari stock lauk pauk sayur mayur utk berpuasa. Orang punyalah ramai, bukan setakat jam tapi dah stuck. Saya minta hubby pusing ikut arah food court, tak sanggup nak que panjang dgn kereta berderet2 menuju ke jalan masuk ke p.tani. Better saya jalan kaki dari stuck dlm keta. Namun dlm hati saya tetap berdoa moga dapat parking yg dekat dgn p.tani. Alhamdulillah elok sampai depan restoran d'manja, ada kereta baru keluar parking. (Tip: amalkan DOA ni jika anda perlukan tmpt parking "allahumma anzilni munzilan mubarokan, wa anta Khairul munzilin". Maksudnya: Ya Allah, turunkan aku ditempat turun yg berkat, sesungguhnya Engkaulah sebaik2 yg menurunkan (sesuatu). DOA ni saya dapat dari majalah Anis. Kalau x silap ini DOA Nabi Noh. Saya selalu baca DOA ni jika nak ke mana2 yg memerlukan parking kereta; kedai, kenduri, mall dsbnya. Alhamdulillah so far menjadi. Kena yakinlah ye..dgn Allah pastinya :)

Saya hanya beli stok ikan & seafood serta sayur. Ayam x beli sbb ramai sgt org que. Setiap gerai ada 2-3 layer org beratur. Tak kuasa mokcik :) Balik rumah saya sambung kerja2 dapur. Hubby pula dgn rajinnya bersihkan rumah - vacuum, mop & cuci kipas. Kan nak sambut tetamu istimewa...


Semalam saya dah bersihkan peti ais. Puas jugaklah menyental peti ais tu. Pinggan mangkuk pun saya tukar set baru, yg beli di Langkawi hari tu. Hubby dah sound suruh tukar pinggan melamine tu, dah 10 tahun usianya. Hadiah kawin kitorg... saya ni selagi boleh guna, nak je guna. Masa nak buang tadi pun sempat tanya hubby, xmo simpan ke? Kot2 Balqis nak buat main pondok2. Hahaha...


Itu semua hanyalah persiapan luaran/material. Yang penting sebenarnya persiapan rohanikan? Seganlah nak kongsi, tapi harapnya benih yg ditanam di bulan Rejab dan disiram/baja di bulan Syaaban tumbuh subur di bulan Ramadhan ni. Insha Allah.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga!


Wednesday, 25 June 2014

Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) SRAI


Sabtu lepas sebelum ke Putrajaya, Abang sempat menduduki exam utk penempatan utk Sek. Ren. Agama Integrasi (SRAI). Ujian diadakan secara serentak di seluruh negeri Selangor. Ujian bertulis dan lisan sekali.

Abang rilek je... Umi macam biasalah, nervous. He he.. 

Keputusan awal Julai ni. Harapnya Abang dapatlah 1 tempat utk bersekolah di sini. Hanya separuh dari jumlah pelajar yg sit for the exam on that day akan beroleh tempat. Keistimewaan sekolah SRAI ni antaranya sekolah satu sesi, 7.30-3.30. Dah combined academic & agama. Hari Jumaat 1/2 day, boleh bawak Abang solat jumaat. 

Namun, ada limitation juga. 'Graduan' sekolah ni tak dapat memohon utk MRSM, SBP atau SMKA, sekatan yg dilakukan selepas tsunami politik 2008. Kesian anak2 jadi mangsa diskriminasi politik. SRAI ni sebenarnya di bawah kelolaan JAIS. Takpalah, rezeki Allah yg tentukan. Bak kata GB, semuanya boleh berubah. Sama2 kita DOA agar peluang anak2 ini tidak disekat.

Sebagai ganjaran utk Abang, kami bawak dia mandi pool di Everly Hotel.

Tuesday, 24 June 2014

Everly Hotel Putrajaya


Sejak berlakunya tragedi MH370 nama hotel ni mula menjadi sebutan. Manakan tidak, disinilah keluarga para penumpang warga Malaysia ditempatkan. 

Kami hampir membatalkan hasrat utk menginap disini memandangkan room ratenya over budget, rm270. But then we tried to ask for government rate, rm200 je. Minta jugak pihak hotel check kan ofis hubby masih dlm gomen list ke tidak. Alhamdulillah termasuk. Teruslah kami booking.

Hotel ni memang cantik. Maklumlah hotel baru. Feel good factor is there. Selain bilik, food memang excellent :) the buffet spread tu mmg banyak choice and sedap. Room rate tu include breakfast for 2 adults. Abang (kids 4y/o and above) kena bayar rm16.30 nett. Angah  and Balqis free ler.

Here are the pics... let them do the talking :)

 Our room... very nice
Sila abaikan model yg nangis tu:)


 Fuzz CafΓ©... ambient mmg sgt cozy...
Kalau x kerana Abang & Angah  merengek nak ke pool lagi lama lepak sini rasanya

 View from our room.. mmg kelabu sbb Putrajaya berjerebu je

Kecik je poolnya tapi oklah utk kids berendam.. nampak few families jugak yg lepak sini bwk their kids.


Yummy yummy :)

Sekian cerita cuti2 Putrajaya kami. Kalau berkesempatan singgahlah ke hotel ni. Best!


Monday, 23 June 2014

Putrajaya Getaway


Hubby just finished his exam and before  Ramadhan is coming, we decided to go for a short break. Oops, Abang also took a placement exam on that day. I'll blog about it later, insha Allah.

Hari yg sama kami ada 2 jemputan kenduri. First we went to our neighbour's place, k.Zana who organized a kenduri doa selamat for her daughter yg nak sambung belajar. The best menu of course le kuah durian with roti putih. Walah! Apart from that we had nasi lauk kampung with ikan keli, sambal udang and nenas masak lemak with ikan masin, among others. Sorilah, dekat2 nak puasa semua makanan rasa sedap je :)


2nd kenduri was at Atiqah's place. She held an aqiqah kenduri for her newborn daughter & nephew. Here we ate kambing golek and another round of nasi. Makan makan dan makan lagi. Irresistible you!


Around 5pm baru sampai di Putrajaya. We stayed at the Everly Putrajaya. Will also blog about this hotel, insha Allah. Took a nap then bawak kids mandi pool. Malamnya kami dinner @ Alamanda. Hotel ni is actually adjacent to the mall. Jalan kaki je... window shopping jap lepas dinner pastu balik hotel. Konon nak tengok bot berhias sempena Floria2014 tapi masing2 dah penat. Lepak kat bilik je...

Next day, bagi chance kids mandi pool skali lagi. Check out then once again we went to Alamanda. Kebetulan Parkson kan ada grand sale skrg ni, lama jugak le kami pusing2 situ.

Then we headed to Bangi for lunch and solat kat masjid hijau BBB tu. Balik rumah semua zzz... itulah, short but meaningful trip for us. Alhamdulillah.

Last but not least, let's do these;


Take care.


Wednesday, 18 June 2014

Jualan Gudang The Store



Sejak 'berkenalan' dgn jualan gudang (warehouse sale) ni, pantang dapat tahu je mesti saya serbu esp yg buat warehouse sale for kids & baby products. 

Semasa balik dari JJ Keramat tempohari saya dah perasan ada bunting the store warehouse sale ni. So Sabtu lepas saya ajak hubby pegi cari baju raya utk kids. Last year pun saya shopping kat sini jugak. Alhamdulillah it was a good bargain. Based on that experience, saya mmg menunggu2 jgk utk sale ni. Most of the items are offered at 50-70% discount. Items xdelah branded sgt tapi for me worth buying esp for kids. Mahal2 sgt pun nanti comot. Hikhik. 

Memang rambang mata jugak saya memilih esp 1st time nak beli baju raya utk anak pompuan. Semua nampak cantik je :)


Paling banyak saya beli utk Abang. Time warehouse sale ginilah selalu saya spent banyak utk Abang. Saya beli round neck shirt kat dia 4-5 helai. Satu, sebab cuaca panas dijangka sampai raya kan. 2nd reason raya nanti byk hari nak spend kat kampung, better pakai round neck shirt je. Harga after discount dalam rm15-30. Jeans pun saya beli selai je. Rm23.90 je, jenama o'dear. Tak berani beli byk2 sbb dia cepat besar. 

Yang paling susah nak cari ialah baju utk Angah. Frame badan dia kecik even dah 3 thn tapi baju utk 1-2 tahun muat lagi dgn dia. Utk 3 thn biasanya gelebeh sikit. Dapat jugaklah 3-4 lai utk dia.

Yang best sekali mestilah shopping utk cik Balqis. Cuma gaun tu still mahal bagi saya, around rm40 after discount. Saya beli baju biasa2 je, sepasang dlm rm15-18 gitu. Bolehlah pakai raya ke 3 4 5 dan seterusnya :) baju utk raya pertama dah beli lama dah. He he. 


Actually masa update blog ni, saya baru balik dari shopping (revisited) sbb hari ni baru mula sale utk handbags & shoes. Handbag memang menarik cuma xde yg berkenan. Kasut x banyak choice. Yang lain2 ada cadar, toiletries, bantal, toys, shawl dll. 

Cumanya kids apparel dah tak banyak choice. Diorg dah rotate with bags & other stuff. Mujur saya dah beli hari tu. 

Sale ni akan berlangsung sehingga 29 Jun. Tempatnya di Dewan Serbaguna Lembah Keramat AU5. Alang2 sampai ke sini jangan lupa singgah ke gerai Sate Sri Melaka, sebelah Esso tu. Happy shopping!




Monday, 16 June 2014

Subang International Air Carnival 2014


Berlalulah sudah cuti sekolah... amacam mak2, kalut x hari ni? Biasalah bila anak2 sekolah bukan takat mak2 yg kalut satu 'kampung' kalut. Sana sini traffic jam.

Hari terakhir cuti sekolah semalam sempat bawak anak2 ke Subang International Air Carnival yg diadakan di Skypark Regional Aviation Centre, Bukit Jelutong. 

Dengan confidentnya kami ke Subang Airport pagi tu... he he.. dah namanya Subang International Air Carnival kan, pi la cari kat Subang Airport. Rupanya kat belah2 TUDM Subang, ikut kata p.cik driver taxi yg kami tanya kat airport tu. Pusing2 sampai la juga ke TUDM Subang. "Bukan kat sini encik", kata pegawai bertugas di pintu masuk TUDM. Terus kami pusing lagi ikut arahan yg diberi. Akhirnya sampailah juga ke tempat yg dituju. 

Ramai juga nampaknya pengunjung. Kebanyakannya family with young children. Iyelah budak2 kan suka aircraft ni. Menapak jugalah dari tempat parking ke exhibition space tu. Kids were super-excited bila dpt peluang up-close & personal with the aircraft :) nak try heli-ride mahal, rm150 so dapat gosok2 kapal terbang dan posing dalam kapal terbang pun dah enjoy sangat. 





Abang pegang senjata dengan penuh bangga :)

Boleh tahan harganya nak try flight simulator ni

Motorsikal milk Red Army Warriors utk tattoo show.
The show starts at 2.30 pm.

Till then, take care.

Thursday, 12 June 2014

Water Dispenser Baru


Salah satu petua yg Mak saya ajar utk maintain penghasilan susu badan ialah minum air suam. Alhamdulillah berhasil utk saya. 

Kebetulan masa mencari pengganti utk kettle yg rosak, kami terjumpa water dispenser (WD) eletrik jenama Pensonic. Harga x sampai rm200 masa tu. Ada dua function, hot & warm water. Suka sangat2 esp the warm water function tu. Anytime dahaga tekan je keluar air suam. Air masak sejuk saya kureng skit. Lama jugak kami pakai WD ni lebih 2 tahun or lama dari tu. X ingat dah bila beli. Kedai letrik tu pun dah berpindah. Akhirnya last Thursday hayat WD ni berakhir. Langsung x menyala. Bawak ke kedai nak repair pun dah x boleh. Sebelum ni button hot water yg rosak tp function lain x terganggu. Nak ambik air panas saya ceduk je. Banyak jasa dia. Pagi2 nak buat air kat hubby x payah kalut masak air sbb hot water dia mmg ever ready & hot :). Sentimental pulak sbb sayang sgt dgn mesin ni. 

Seminggu jugaklah saya terpaksa masak air dalam periuk secara manual sblm dapat pengganti WD tu. Akhirnya malam smlm hubby ajak usha2 WD baru. Masuk kedai ketiga baru jumpa spt yg kami nak. Dua kedai lagi x jual yg dual function camni, just single function i.e. for hot water je. Brand Morgan. Saya x pernah dgr brand ni tp salesman tu kata OK. Ada warranty 2 tahun so oklah. Lagipun nak xnak mmg nak beli pun. Kapasiti 8L, bigger dari yg lama. Harga rm276, tawar dpt rm230. Kecek2 lagi dpt bateri remote-controller as free gift. He he.

Inilah WD baru saya;


Ini pula yang lama;


Akhir kalam, Salam Nisfu Syaaban utk semua.





Monday, 9 June 2014

Warna Warni Hujung Minggu




Sepupu hubby yang nak tumpang bermalam sampai kira2 jam 1.30 pagi. Saya terjaga tapi tak daya nak bangun menyambut mereka. Sejak Maghrib saya dah rasa x sedap badan. Kepala berdenyut2 esp di dahi & mata. Tekak pun rasa perit semacam je. 

Pagi tu saya hanya buatkan air. Hubby beli nasi lemak & roti canai utk sarapan. Saya tahan je sakit, maklumlah ada tetamu. Pukul 10 mereka bertolak pulang. Katanya nak ke Jalan TAR dulu sblm pecut ke Penang. He he

Saya call anak buah saya, yg juga nak datang berziarah smbl bawa mak dia (kakak saya), mujur juga dia nak datang petang. Kalau tidak saya bawak lunch di kedai la jawabnya. Naik atas saya tido dan hanya bangun sekitar jam 2. Solat & makan painkiller. Tido semula. Bangun pukul 4 mandi dan telan lagi sebijik painkiller. Then saya gagahkan diri goreng bihun dan keropok utk Kak sekeluarga. Apa rasanya pun saya tak pasti sbb mulut saya payau - telan apa pun pahit. Tapi nampak berselera je semua makan. Oklah tu. Hikhik

Lepas diorg balik saya jamah sikit nasi bungkus yg hubby beli utk alas perut. Masa ni dah start rasa loya pulak. Kat leher pun ada benjol2 kecik macam telur cicak tu. Nak toleh kiri kanan pun siksa. Lepas isyak terus saya tido. Satu badan dah sakit time ni.

Esok pagi rasa segar sikit cuma selera makan belum ada. Ikutkan hati nak lepak je di rumah tapi ada 2 kenduri yg kami tak boleh nak lepas - satu majlis sambut menantu anak buah saya, Yanti & satu lagi pun majlis resepsi jemputan kawan suami, yg sambut menantu tunggal. Kalau x pegi, tak merasalah kenduri En AJ.

Saya 'heret' sekali anak2 buah saya Anas & Ayu ke kenduri Yanti. Penuh jugaklah meja yang dikhususkan utk keluarga pengantin perempuan. Dapat juga saya jumpa cucu2 saya, anak2 Ayu. Berderet2 5 orang cucu Maktok :) Tak lama lagi bertambah lagi bila Yanti plak bersalin. Mujur jugak dia x mabuk, kalau tak camnelah nak kenduri kan. (p/s: I'm still 3-series ohkay)


Around 2 kami bergerak ke Melawati pula. Kenduri diadakan di Laman Pengantin Melawati. First time dengar & first time sampai tempat ni. It is a very nice place and the ambiance during the majlis was cool and relax. Majlis nampak grand even thou tempat tu open air. Kami hanya ambik nasi sepinggan kongsi 4 beranak. Balqis makan kuih talam :)



The Siblings Band dibawa khas dari Bukit Katil Melaka
Hubby kita femes diorg ni 

There goes our weekend. Jumpa GP tadi dia kata kena infection kot sbb tu kalenjar sekitar leher tu bengkak. Dia bagi antibiotic dan ubat sakit tekak. Singgah pasar malam saya beli 'ubat sakit tekak original' - rambutan! Regukan pulak dgn laici. Hahaha.





Friday, 6 June 2014

Spring Cleaning


I brave myself to do a spring cleaning today. The chosen area is our guest room. The room also housed our daily clothes, boxes of pre-loved items as well as my not-so-many handbag collection. It also serves as iron room for us.

Last night  I started to categorize kids clothes. All baby stuff are put in a big storage box. Since balqis is 7-month she doesn't need the stuff anymore. Too soon to give it to others because we want balqis to have adik/s first :) Hubby jokes that he wants to sell the stuff but i prefer to keep them for our grandchildren. Hahaha...

Since we get married the no of hubby' baju melayu are increasing. Ye la kan, every year tempah baju melayu for raya. So today i seperated the baju and the seluar sbb dia jarang pakai baju melayu sepasang except for certain occasions. Baju tu saya akan hantar dobi utk iron so he can wear it to go to surau while seluar saya simpan dlm storage box. So dapat 1 ruang utk simpan baju anak2. 

Koleksi baju melayu anak2 & hubby
Another interesting thing that I did was being able to let go my not-so-comfy-but-ugly white t-shirts! You know the ones that we always buy when we go for cuti2. Dolu2 rm5 je sehelai but now I don't know, the price must be higher. Most of these tees are hand-me-down shirts from my hubby. I pakai kat rumah je so hantam sajalah! Makin lama rasa macam makin kecik pulak t-shirt ni (haip! Bukan I yg makin besar tau) so let go je la. Turn on shopping mode :)

Half of the box are the white tees

I hate this one! It reads "orang utan Sabah" and I always tease hubby
when he wears this T. Hehe
I got this T during my internship with an NGO.
Dah berusia 12 tahun.
I bought this tee way back in 2003, during our honeymoon

Bought this one in mersing. Cuti2 mesia with dear hubby
You know what? Elok je I siap mengemas my hubby call. Our cousin is coming tonight to stay for a night. Alhamdulillah bilik dah berkemas. 

 Bye. 

Wednesday, 4 June 2014

Seadanya


"Baju (pengantin) dah siap?", tanya saya.
"Ti pakai baju nikah ja...", jawabnya tanpa berselindung.

Jawapannya menimbulkan dua perasaan berbeza dalam hati saya. Sedikit rasa simpati juga krn di majlis resepsi sebelah suaminya dia akan memakai semula persalinan yg dipakai sewaktu akad nikahnya bulan lepas. Bagi sesetengah orang mungkin keberatan. Sekurang2 nya sepasang baju baru utk majlis resepsi, biarpun sekadar disewa. Namun mengenalinya, saya tahu dia bukan dari keluarga berada begitu juga suaminya. Sementelah masing2 baru bergraduasi. Baru nak mula hidup kata orang tua2. 

Di sudut lain, saya rasa kagum dengan sifat berjimat cermat atau seadanya dlm dirinya. Mungkin duit yang ada digunakan utk perkara yang lebih aula. Makan minum kaum keluarga yang akan bertandang utk meraikan majlisnya nanti perlu disiapkan. Mungkin juga sedikit peruntukan utk bersiar-siar dan makan angin di ibukota buat ibu ayah dan adik2 yg pertama kali menjejakkan kaki. Namun yang lebih penting mungkin duit yg ada diperlukan utk meneruskan kelangsungan hidup - sewa rumah, duit minyak, makan pakai dll. Syukurlah jika itu yang dilakukannya.

Teringat kembali kenangan saya memulakan hidup baru lebih sedekad lampau. Majlis kahwin sepuluh tahun lepas not so demanding, simple &  less hassle as compared to nowadays. Tak perlu sewa photographer, pelamin pun simple2 je, door gift bagai, tema itu ini, baju sedondon satu keluarga dsbnya. Banyak dapat dijimatkan. 

Matlamat kami sama. Keperluan utk meneruskan kehidupan selepas kahwin lebih utama berbanding berhabisan utk majlis kenduri. Tumpuan kami lebih kpd penyediaan kewangan selepas kahwin. Deposit sewa rumah, kelengkapan rumah, makan minum dll. Deposit rumah sewa rm1,200, menyamai gaji saya sebulan ketika itu menjadikan ia satu jumlah yg besar bg kami. Kelengkapan rumah pula hanya ala kadar. TV, cerek & radio suami beli dr adik ipar yg baru habis belajar dgn harga rm150. Meja makan pun beli yg secondhand juga, rm150 juga. Peti ais kami beli yg 1 pintu sahaja manakala mesin basuh pula hadiah dari kawan2 baik kami. Sofa dan perabot lain memang tak beli. Alasannya sbb menyewa, nanti kalau pindah susah pula nak mengangkut. Memang kami dah set in mind taknak menyewa lama2. Alhamdulillah lepas 3 tahun menyewa Allah bagi rezeki memiliki rumah sendiri. 

Syukur. 



Monday, 2 June 2014

Apa Tu?


Since Balqis dah pandai naik walker, suka sangat dia bila main kat porch. Pusing sana sini dgn walker dia. Feveret pitstop at the shoe rack and motor Walid. Or jenguk2 kat tepi pagar. She's trying to discovery everything. 

Macam tadi dia dok usha s/thing dekat tembok pagar. She tried to reach to that thing tp x sampai. Then Abang nampak & jerit "Umi, snail!". Datang pulak Angah, bukan snail la Umi, ciput babi (dgn pelat dia yg kiut tu). Dah bergaduh pulak dua orang tu :)

Apa tu?

Dekat sikit...

Ooh snail rupanya...