Monday 21 July 2014

Memenuhi Jemputan Iftar


Jika diikutkan perasaan, memang xde mood nak update blog. Tragedi MH17 benar2 merentap tangkai hati. Sedih, hiba dengan manusia yg sudah hilang kemanusiaanya. Sudahlah pesawat kita ditembak tanpa sebab, akses ke lokasi nahas juga dinafikan. Tiada simpati, tiada empati. Zalim!

  Minggu lepas beberapa kali kami berbuka di luar, memenuhi jemputan rakan taulan. 

20 Ramadhan
 Kami berbuka di ofis lama saya. Seronok dapat berjumpa rakan2 sepejabat yg dah macam keluarga sendiri. Menu utama, nasi hujan panas bersama ayam masak merah K.Su mmg mengancam. Usai solat terawih, sempat lagi menyambung makan dan tapau sate. Tak berubah perangai even dah setahun berenti keja, asal ada jamuan je kat ofis mesti pakat tapau. Hehehe...

 Solat terawih dipimpim oleh Ust Shahrom.
 Suara yang sedap menusuk kalbu.

Kelab Tasik Putrajaya, berhampiran Masjid Putra.

22 Ramadhan
 Ofis B berpakat utk berbuka bersama. Majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya. Ikutkan malas nak join, tapi B insisted to bring his family. Bukan apa, harga buffet utk adult rm69 dan kid rm39. Rasa tak berbaloi, mahal bebeno. Especially Abang, banyak mana sangat yg dia mampu makan. Tambahan pula we were seated at an open area (anjung) with no fan or aircond. Most of us are families with young children, so tempat tu quite uncomfortable for us. Ditambah dgn panas, crowded place and kids yg running here and there. Campur tolak bahagi darab memang tak worth for money. He he...

23 Ramadhan
Kami memenuhi jemputan bekas rakan sepejabat yg mengadakan kenduri aqiqah utk bayinya. Ini first time kami merasa makan kenduri aqiqah di bulan puasa. Majlis bermula dgn bacaan Yassin & tahlil serta tazkirah pendek sementara menanti azan. Idea yg menarik. Menurut rakan saya, menu utama yg disediakan ialah kibasy. First time juga makan daging kibasy. Sedap. 

Cenderahati utk tetamu, tasbih manik yang sangat manis :)

Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment