Saturday 26 July 2014

Salam Aidilfitri 1435H


Rasanya ramai yang dah balik kampungkan... macamana perjalanan anda? Trafic Jem? Usah dikenang! Member saya dari rawang ke aloq staq 9 jam. Sorang lagi dari bt caves ke kt 15 jam. Dengar2 kb ke pasir mas pun ambik masa 3 jam! Kami pula dari kl ke Ipoh (jumaat malam) 3 1/2 jam, ikut jalan biasa sbb hi way jam. Semalam dari simpang pulai ke terowong menora lebih kurang sejam. Hebat betul org Malaysia beraya :)


Sampai ja kat kampung semalam, terus saya ke pokok manggis yang dah mula masak. Petik 4 biji utk Abang & Angah, baru masuk rumah. Excited sbb dah lama x buat gitu. Tahun lepas terlepas musim buah. Abang pula terus menuju ke pohon rambutan. Habis jugaklah 3-4 tangkai depa makan. Maklumlah fresh dari ladang. Umi yang puasa ni pun rasa tergugat iman. He he...


Kebetulan pula, J yang bertugas menjaga dusun Mak baru saja selesai menurunkan buah petai. Larat pula dia panjat pokok petai posa2 ni. Kebiasaannya, tiada upah yg dikenakan oleh pemetik buah tetapi hasil kutipan akan dibahagi sama rata antara pemilik pokok dan pemetik buah. Jika pemilik tidak mahu buah tersebut, pemetik buah akan membeli hasil kutipan tersebut dgn harga borong. Semalam Mak hanya mengambil 100 keping petai dari bahagiaannya. Baki 200 keping dijual kpd J. 

Utk bahagiaannya Mak jadikan jeruk (petai jeruk). Sempat jugaklah Abang & Angah  rasa pengalaman 'memicit petai'. Petai mentah tadi direbus kemudiannya isinya dikeluarkan satu persatu dgn kaedah memicit kulitnya. Melompat2 lah isi petai tu bila dipicit kulitnya. Bertambah excited depa dua. Proses seterusnya ialah merendam petai tadi bersama air garam selama 1-2 minggu (kalau x silap). Senang je kan...

Petai rebus, sedia utk dipicit
Akhir kata, ampun maaf salah silap jika ada yang terguris hati dgn saya. Hati2 di jalan raya. Selamat hari raya dan selamat semuanya. 


Kepada yang memandu; 




No comments:

Post a Comment