Saturday 8 November 2014

Happy Bday Abang (6y/o)


Dialah madu, dialah racun. Dialah 'musuh ketat', dialah bff saya. Kejap baik kejap gaduh. Gitulah hubungan saya dgn dia. At one point dialah anak paling taat dan menyenangkan. Tetiba jadi 'monster' pulak.  Aduyai... Gaduh dgn Umi, berebut mainan dgn Angah, kacau Balqis... begitulah warna warni hubungan yg sgt unik & istimewa dgn Abang. Namun hakikatnya dialah anugerah terindah dalam hidup kami. Hadirnya melengkapkan rumahtangga kami serta melenyapkan segala kata nista dan tohmahan orang sekeliling.

Alhamdulillah semalam genap usia Abang 6 tahun. Kami celebrate kecil-kecilan di rumah. Minggu lepas bday Balqis kami makan KFC di Aeon Keramat. Kali ni pun makan KFC juga tapi di rumah. Saya masak nasi goreng kampung makan dgn ayam kfc . Then beli kek choc moist di Bakeri Ria Taman Melawati. Kek Balqis tempohari pun beli di kedai ni. Kedai ni milik org kita, letaknya bersebelahan balai polis tmn melawati.



Ini pula gambar bday Balqis.



Hari tu beli yg set 9-pcs tak berapa nak cukup so kali ini beli set 15-pcs. Makan sampai malam le...

Moga Abang dilindungi Allah selalu, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Harapan Umi & Walid moga Abang jadi anak yg soleh dan Abang yg penyayang. 

No comments:

Post a Comment