Monday 17 November 2014

Main masak masak :)


Sebagai suri rumah sepenuh masa, memasak adalah salah satu job scope saya. Tapi saya bukannya pandai sangat pun memasak, cukup sekadar mengenyangkan perut ahli keluarga. Menu harian kami biasa2 je. Kalau teringin nak cuba resepi2 baru, saya google je. Terima kasih byk pada blogger2 masakan ni sbb kebanyakan resepi yg diberi memang menjadi bila di cuba. Kalau x jadi tu mungkin teknik yg x betul. Hehe... saya ada experience camni sbb tu berani cakap. 

Sepanjang minggu lepas saya cuba beberapa resepi. Lets check it out!


Bila tengok K.Noor jamu homemade roti canai di dapurnya (blog) saya pun teringin nak cuba. Tapi k.noor guna 1kg tepung. Banyak sgt bg first timer macam saya. Takut x jadi nanti rugi pulakkan. Lagipun family saya kecik je. Saya combined resepi k.noor dgn resepi Arah kurniaanmu. Beliau cuma guna 3 cawan tepung je. Alhamdulillah menjadilah jugak homemade roti canai saya. Cuma bab menebar tu yg saya x pandai. Habis koyak rabak doh tu saya tebar sana tebar sini. Sebab tu pic tu separuh je gambar roti canainya. He he.. utk kuah saya follow resepi k.noor juga tp saya guna ayam yg masih berkhidmat, bukan ayam pencen. Jgn marah k.noor...


Semasa di Mekah lagi saya dok teringin nak makan laksa johor air tangan sendiri. Minggu lepas saya berpeluang utk mencubanya. Terus saya jengah ke dapur k.azie utk dapatkan resepinya. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih k.Azie. Pastinya akan jadi 'keeper recipe' utk saya.


Cucur bawang ni saya olah dari resepi cucur manis mudah malatop kak noor. Amboi kemain panjang namanya. Tapi utk cucur bawang ni saya x letak susu pekat la kan. Saya regukan dgn resepi kuah kacang dari dapur cik lina.  Versi asal cucur manis saya dah try juga tapi lupa snap pic. 


Ini pula soto yg juga menjadi idaman hati semasa di tanah suci. Saya pakai perencah soto yg di beli di pasar. Tapi utk penyediaan pengiring2nya spt begedel dan sambal kicap saya jengok dapur sifu saya, k.Azie.  sambal kicap ni memang marvelous. Tak perlu letak bwg jd xde kesan after-taste.  


Resepi nasi ayam jumaat lepas juga hasil 'intipan' di dapur k.Azie, yang bermurah hati berkongsi resepi nasi ayam milik adiknya, cik Su. Memang sedap set nasi ayam ni, esp kuah sup tu. Nasi juga lembut. Cuma kuah sambal tu saya masak sebentar di atas api sbb takut ianya pedas sgt bg anak2 jika dihidangkan terus. 


Ribuan terima kasih utk mereka. Moga terus istiqamah dlm berblog, boleh juga saya tumpang belajar masak :) Bagi yg nak mencuba, silalah ke blog mereka yg sy dah link kan. Happy cooking k! 

No comments:

Post a Comment