Thursday 11 December 2014

Cerita Bendi...


Semalam jiran saya, Pn F post gambar kacang botol dlm group wasap taman kami.  Kacang2 tu baru dipetik di kebunnya. Dia offer sesapa yg nak datang je ambil di kebunnya tu. 

Hasil tuaian di kebun Pn F

Saya pun offer jugaklah bendi yg mil bekalkan masa balik kampung hujung minggu lepas. Banyak...dua plastik beg. Tak termakan kami berdua. Bendi ni bil saya bagi. Dia tanam di sekitar rumahnya. 

From Jitra with luv :)

Then KF & KZ berkenan dgn bendi tu. Maka lepas Maghreb berlakulah sesi 'orang memberi kita merasa...' di belakang rumah. KF bagi saya sebekas begedil. Alhamdulillah. 

Air tangan KZ, bendi goreng belacan.
Siap post gambar dlm group.. hehe

This simple act actually moved me. Budaya memberi & menerima ni makin terpinggir dalam masyarakat. Bila ada peluang begini, rasa excited sangat. Bukanlah balasan yg diharapkan tapi kesudiaan org menerima pemberian kita yg nampak kecil & simple tu yg lebih bermakna. Bila mil suruh saya sedekahkan pd jiran2 saya keberatan. Sbb pikir ada ke yg nak bendi ni. Maklumlah orang bandar, cara hidupnya lain sikit.  Rupanya ramai yg berminat :) 

Skodeng skit;


Chili merah dah berbuah.
Yang ni dah petik dan selamat masuk perut dah :)

2 comments:

  1. Kalau duduk sekampung senang kita nak memberi dan menerima sebab masing2 dah faham kegemaran masing-masing... betul tu duduk di bandar memang beza sikit, saya pernah rasa 'termalu' sebab pernah bagi bendi yang kami tanam belakang rumah pada jiran tapi dipulangkan kembali sebab di tak makan he hehhe.

    ReplyDelete
  2. Kan k.amie.. rasa segan je. Kat kg best, boleh petik sendiri lg Apa yg kita nak asalkan minta izin dgn tuannya..

    ReplyDelete