Sunday 14 December 2014

Majlis Himpunan Persaudaraan Hujjaj (Hishaj) 1435H



13 Disember lepas genaplah 2 bulan kami tinggalkan tanah suci dan kembali ke tanah air. Kebetulan hari yg sama kami dijemput menghadiri program Hishaj anjuran Tabung Haji di Masjid Negara. Jemaah wanita diminta memakai jubah hitam dan jemaah lelaki pula jubah putih. Memang feel macam kat tanah suci bila tengok kebanyakan jemaah hadir menepati tema. Ramai juga 'jemaah muda' macam kami yg membawa anak kecil masing2. Majlis diadakan di dewan solat utama, maka suasananya lebih santai. Saya memilih utk duduk di luar dewan solat supaya anak2 lebih selesa. 

Gelagat anak2
Abang bawak bekal Lego... duduk diamlah sikit

Buah tangan dari penganjur ~ buku DOA tajaan Affin Islamic,
buku bio Rasulullah SAW dan beg sumbangan PPZ

Majlis dimulakan dgn acara bacaan Yasin. Kami terlepas acara ni sbb sampai agak lewat. Perasmian majlis disempurnakan oleh Dato' Syed Salleh, orang kuat TH. Sungguh hati saya berbunga bila Dato menyatakan seramai 5000 orang bakal haji telah menerima surat tawaran utk menunaikan haji utk sesi 1436H. Rasanya baru lagi kami di sana dan kenangan indah masih segar diingatan. 

Seterusnya forum haji yg disampaikan oleh Ustaz Roslan Muhammad dan Dr Hj Zaid Shah. Mereka berdua menyentuh mengenai amalan rohani dan jasmani utk mengekalkan roh haji. 

Majlis berakhir sekitar jam 12.45 t/hari. Usai solat zohor kami ke Tasik Perdana, piknik. Hanya berbekalkan bihun goreng dan nasi tomato yg disediakan oleh pihak TH. Alhamdulillah. 

Depa dua memang kaki makan :)
Angah  pulak terus lupa makan minum bila nampak playground


No comments:

Post a Comment