Tuesday 3 February 2015

Sifir Bahagia #1


Ada suatu perkara yang suami suka ulang-sebut kepada saya terutamanya jika saya mengadu tentang ketidakpuasan hati terhadap seseorang. Ingat dua perkara lupa dua perkara pesannya. Nasihat/pesan ini datangnya dari seseorang, mungkin ulamak atau bijak pandai. 

"Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatannya (kesalahannya) pada kita.
Sebaliknya;
Ingat kejahatan (kesalahan) kita pada orang, lupakan kebaikan kita pada orang"

Sifirnya mudah bukan? Tapi itulah, nak mengamalkannya bukan semudah mengingatinya. Andai dapat diamalkan memang tenang hidup kita. Tak perlu gusar dek memikirkan itu ini yg bisa meruntuhkan sebuah perhubungan. Sentiasa positif. Sentiasa jernihkan hati dalam melihat setiap perkara.

Akhir kalam;



No comments:

Post a Comment