Sunday 25 September 2016

Majlis Aqiqah Nadeen

Rabu, 14 Sept 2016 / 12 Zulhijjah


Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah Nadeen dan sepupu2-nya, anis & asyraf. Nadeen lahir bulan 5, Anis pula 15/7. Sebab tu plan dgn adik ipar nak buat sekali aqiqah depa dua. Near to the event, asyraf joined in. This time kira nak sempurnakan bahagian ke-2 aqiqah dia. Anak lelakikan... Bahagian pertama dulu dah buat sekali masa kenduri kesyukuran kami nak berangkat ke tanah suci. 


Menu kenduri; nasi putih, daging masak kicap, sup tulang, ikan goreng, sayur kacang buncis, ulam, sambal belacan, sambal petai, sayur manis rebung, pulut kuning & rendang daging, puding roti, kuih kaswi, cempedak goreng dan tembikai. Air adik ipar beli ni IKS Napoh, air soda perisa oren. Masuk ais dan tuang je. Setel takyah nak buat air gula bagai. 

Majlis bermula jam 11 pagi, bacaan yasin dan marhaban kaum ibu. Time baca yasin Nadeen elok je lena atas buai dgn anis. Maksu dia (ibu Anis, biras bongsu) tempah buai yg boleh muat dua orang baby. Duduklah depa dua orang... Asyraf tak dapat ler berendoi sebab dah besaq hehe...
Time marhaban dia dah jaga and nak nen. Pastu dah taknak duduk dalam buai. Duduk dlm carrier dia lagi selesa agaknya.







Lepas zohor pula turn orang lelaki baca yasin. Yg ni buat di rumah Umi. Utk orang pompuan tadi di rumah adik ipar. Sebelah rumah Umi je pun :) 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hampir semua yg diundang hadir. Teman sebilik sewaktu di mekah, k.ani & k.nah pun hadir, dgn keluarga masing2. Juga Ustaz man & k.ada, geng kt07. First re-u lepas balik mekah 2 tahun lepas. Pakteh & pakjang sekeluarga turut hadir. My ex kak ipar pun hadir. Terharu sangat...


Semoga Nadeen, Anis dan Asyraf membesar dgn sihat, sentiasa dilindungi dan menjadi insan yg berguna. Aamiin. 

No comments:

Post a Comment