Monday 19 December 2016

Kari Sembilang Kg Pinang, Tg Karang



Minggu lepas kami ke Teluk Intan lagi. 
Lepak di hotel je dgn anak2 while B went for work. 

Petang jumaat after work tu B bawak ronda pekan Teluk Intan. Sampai padang next to mini stadium singgah situ bawak kids main. Ramai orang beriadah di sini. Meriah!


Adik posing ala2 ecah anak Che ta :p

Balik kl esoknya kita ikut jalan sabak bernam, sg besar sana... Dah lama tak lalu situ. Rupanya tengah construct jalan. Jalan tak berapa elok sampaikan tayar kereta kita pun pancit, tertusuk logam apa tah... 

Kita singgah beli kerepek kat sg besar then singgah lunch dekat satu gerai di Tg Karang. Gerai ni sebelah kiri di trafik light ke ijok/bestari jaya (jalan alternatif), sebelum Petronas. Special menu kat gerai ni is ikan sembilang. Boleh request utk masak kari ke, goreng ke, asam pedas ke... Expected time to prepare 20 minutes. 


Ada juga lauk campur, masakan ala kampung. B order kari ikan sembilang that day, dengan air sirap satu jug. Kami pilih duduk di pondok yg disediakan supaya senang nak jaga Adik. Since dia dah boleh duduk, kita letak je dia kat sebelah. Senang sikit Umi nak makan, itu yang penting :p 

Kari belum siap depa dah makan dulu.
Dah almost 3pm pun time tu. Lapaq!

Makan kari ada toyu (kicap) baru kick :) 

Sedap karinya cuma ikan sembilang tu ada sikit rasa hanyir maybe tak cukup lama rendam dlm air limau/asam


Kari tu rm19. Harga ikan ikut saiz kot.
Haji order je tak pilih pun ikannya. Waiter just tanya nak masak apa je. Size dah standard kot. 


Kita nak order pulut mangga utk dessert tapi belum ready

Depa pau aiskrim sorang satu as dessert :)

Kalau singgah sini jangan lupa order coconut shake. Terbaik!


Beli satu je konon nak try je. Sudahnya berebut dgn anak2, semua nak. Sedap sangat! 


No comments:

Post a Comment