Sunday 4 December 2016

Makan kenduri di Tg Pari


Sejujurnya kita tak pernah menjejakkan kaki ke Tg Pari w/pun sering mendengar namanya sejak kecil. Jaringan perhubungan yg mundur, kelemahan sistem komunikasi juga kekangan kewangan ketika itu tidak memungkinkan kami utk ke sana biarpun ada sepupu arwah Pak yang tinggal di situ. Paling hampir saya pernah ke Kg Bandar mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring. 

Akhirnya dapat juga ke sana, menyertai rombongan pengantin. Anak sepupu suami bertemu jodoh dgn orang tg pari. 

Hajat dihati tu nak makan gulai (kari) umbut pisang atau disebut gulai batang pisang oleh warga tempatan. Gulai batang pisang ni kiranya signature dish juga juadah tradisi kenduri di Baling. Hidangan ini biasanya di masak di dalam kawah, menghasilkan warna dan rasa tersendiri. Lebih istimewa ianya hanya 'menjadi' jika dimasak di Baling. 

Gulai batang pisang air tangan penduduk tg pari memang dikenali dikalangan warga Baling sebagai antara yg paling sedap. Jadi makin teruja kita untuk ke sana.

Namun bukan rezeki kami. Tuan rumah tidak menyajikan juadah tradisi ini tetapi menggantikannya dgn sup daging. What a disappointment! Ingin buat pembaharuan katanya. Sedangkan hakikatnya rombongan pengantin dari Jitra masing2 mengidam akan gulai tersebut. 


Tahniah utk Along & pasangan. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. 

No comments:

Post a Comment