Thursday 29 December 2016

Yuran SRAI 2017


Selasa depan dah start balik sekolah. Alhamdulillah so far persiapan utk Abang & Angah kembali ke sekolah dah settle. 

Untuk Angah, cuma beli beg baru dan stationary je. Kakak pun. Nak jugak beg baru sama dgn abang2. Abang pula kita belilah baju sekolah dan baju melayu baru sepasang. Kira serba berdirilah, dgn kasut sekolah baru. Yang lama dah rosak. Apa tidaknya, ambil wudhuk pun pakai kasut sekolah. Bila bawak selipar, asyik tertinggal je. Dah darjah 3 ni harap dia matured lah sikit, harap pandai jaga barang dan diri. Hehe...

Buku sekolah Abang pun kita dah beli. Sejam setengah jugaklah beratur nak membeli buku tempohari. Syukur Adik tak meragam. Bayar duit je dulu, buku dapat kemudian. Dapat buku tulis je. Takpelah janji setel. 


Yuran pula boleh start bayar today. Alhamdulillah masih sama seperti tahun lepas esp yuran bulanan. 


Moga Allah mudahkan urusan kita semua utk menyekolahkan anak2. Moga mereka menjadi insan yg cemerlang duniawi dan ukhrawi. Aamiin. 

Kalendar Persekolahan 2017

Selamat kembali ke sekolah ye anak2! 

No comments:

Post a Comment