Thursday 16 March 2017

Kain Batik aka Batik Sarong




Aih, pasal kain batik pun nak buat entry ke? Hahaha... Malas dah nak buat entry serius2, kita santai2 cerita simple2 cukuplah kan... 

Kita suka pakai kain batik especially time confinement (of course la kan?) and bila miss P visits every month :p satu lagi bila balik rumah mentua :) sarung je kain batik untuk cover seluar tidur ke track  suit yg dah worn out but still comfy he he...

Time delivered kat Abang dulu, kita checked out hospital tu pun pakai kain batik. Nerd je time tu padahal nak pakai skirt or pants pun boleh.  Kita sorang je pakai kain batik, orang lain kemain bergaya lagi hikhik... Maklumlah orang kampung, dah macam kebiasaan pakai kain batik je lepas bersalin. Tapi lepas tu, bila bersalin kat adik2 dia, mak bergaya nak! Modern mom gitu :p

Masa duduk di hostel, 'every time of the month' time tido mesti hampar kain batik atas cadar putih. Takut bocor ma! 

Kenangan paling best masa tunggu result SPM. Setiap hari pakai kain batik sedondon dengan warna T-shirt. Baju biru, kain batik biru. Pastu sapu laman sambil nyanyi2 kecil. Takleh nyanyi kuat, anak dara pingitanlah kata kan (wink). Sampai la pun kita suka pakai kain batik sedondon dengan warna baju tau. 


Tips nak bagi kain batik tu kekal elok warnanya, terbalikkan setiap kali sidai (bahagian dalam yg kena cahaya matahari). Barulah nampak elok dan baru sentiasa kain tu. 

Jumuah mubarakah! 

2 comments:

  1. Lama dah tak pakai kain batik PH....Dulu dulu zaman anak sorang rajinlah. Sekarang dah jadi semakin modern walaupun dah maghrib haha...... Hakak pakai kain batik ni lepas mandi je sekarang. Lepas tu tukar seluar.

    Tapi sebenarnya pakai kain batik ni senang, nak buang air pun senang boleh lap aje lepas tu haha

    ReplyDelete