Sunday 5 March 2017

Talapia Merah Masak Stim Limau Asam



Malam tadi Umi masak lauk simple je tapi sedap...ikan talapia merah masak stim limau asam. Awat la panjang nau nama menu ni. Resepi Umi ambik dari blog Cik Isma. 

Hidangan ni sangat senang disediakan dan tak ambil masa yang lama pun. Semalam balik dari uia tu dah nak maghrib. Umi bersihkan ikan then rendam dengan air limau nipis utk hilangkan hanyir. Lepas solat Umi sediakan bahan-bahannya; tomato, carrot, halia, bawang, daun sup, daun bawang, cili dan air asam jawa. Umi tabur garam secukup rasa pada ikan. Cik isma tak letak garam sebab ibunya ada masalah kesihatan. Sambil2 tu Umi panaskan kukusan. Once air mendidih, masukkan loyang berisi ikan tadi dan kukus hingga masak. Dalam setengah jam gitu. 

Alhamdulillah sedap. Menu ni Umi dah masukkan dalam senarai menu untuk bulan puasa nanti. Sekarang ni mana2 menu yang sedap Umi cuba Umi letak dalam list ni. Well prepared gitu.

Thanks Isma for the recipe. Siapa2 nak try, sila jengah SINI ye. 

Ini pula cenderahati wedding di Dewan Beringin semalam. Walid & co je pergi. Moga berbahagia hendaknya kedua mempelai, hingga ke jannah. Aamiin. 


2 comments:

  1. Hamboiii sedapnya Kak Z. Terliur pulak isma dah ni.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he... Sedap baq hang :)
      Resepi sendiri anytime je bole buat dak...

      Delete