Monday 3 April 2017

Pendaftaran SRAI kini dibuka...



Bermula 1 - 30 April pendaftaran untuk murid tahun 1 2018 mula dibuka di Sekolah Rendah Integrasi (SRAI). Borang boleh didapati di pejabat sekolah secara percuma tapi time hantar tu kena bayar rm15 for process/admin fee. Time Abang dulu rm10 je kalau tak silap :)


Salah satu kelebihan SRAI is sekolah satu sesi merangkumi subjek akademik (KPM) dan KAFA dari jam 7.30 pg. - 3.30 ptg. Abang pun dah tiga tahun bersekolah di SRAI dan kami memang puashati dgn prestasi dia jadi memang besar lah harapan agar Angah pun dapat satu sekolah dgn Abang. Bak kata Abang, " Abang pun nak adik Abang setaraf dengan Abang ".. Eei poyo je ayat Abang kan :p
Umi pun suka sebab senang nak uruskan depa nanti.


Sebelum ni tak perlu borang pengesahan pemastautin ni. Semalam hubby sempat berborak dgn nazir masjid, katanya sebab ramai sangat apply so depa buat saringan lebih ketat termasuk bagi keutamaan kepada parents warga Selangor juga pemastautin yg tinggal lebih 7 tahun di Selangor. Jika anda anak kariah sri Gombak, boleh hantar borang/dokumen yg diperlukan utk pengesahan ke pejabat masjid al khairiyah, nanti nazir masjid akan sign & cop borang. 


So borang utk Angah dah ada, tunggu nak dapat kan pengesahan dari pihak sepatutnya. Then hantar balik borang, tunggu panggilan utk ujian saringan then dapat result. Doakan ye semua. 



2 comments: