Monday 29 May 2017

Teka-teki


I just finished the 4th rakaat of my terawih prayer. While reciting selawat and
doa I heard Angah said to his Tok, "Tok dengar aah...Angah ada teka-teki...". Umi pun pasang telinga juga :). They were sitting in one corner of the living room.

Angah (A): macam mana bunga jadi besar Tok?
Tok (T): kembanglah...
A: hah pandai Tok 

A: macam mana anak katak (telur katak) duduk dalam cengkerang (selaput)?
T: ???? (mouth open)
A: dia duduk je la dalam tu...bukan boleh pegi mana pun

Genius. Hahaha...

Next questions please.

A: macam mana tapak sulaiman duduk dalam laut?
T: ??? (mouth open wider :p)
A: dia duduk je la Tok. Dah Allah buat dia macam tu. (with I know-it-all face & voice expression). 

Good answer angah. 
Umi became more interested to listen to him. His answers were unexpected. 

A: OK Tok... Macam mana orang lukis bear?
T: ish Tok tak tau la. (Tok slowly give up hahaha :p)
A: ambik pensel lukis ja la Tok!

Kihkihkih... Tok terkena lagi :D

Managed to fast the whole day yesterday.
Well done Angah!


Saturday 27 May 2017

First day puasa...


Credit source.

Hari pertama puasa berjalan dengan lancar. First time latih Angah berpuasa. Bertahan sampai petang sehinggalah pukul 6.20! Lagi sejam je nak berbuka dia muntah. Perut kosong, dah masuk angin. Terus lah Umi suruh berbuka. 

Tak toleh kiri kanan dah terus makan. Umi janji kalau dia dapat puasa penuh dapat singgit. Ini dah berbuka sejam awal, bagi lah jugak. 90 sen hahaha... 


Dia punyalah lapar sekali makan 2 pinggan spaghetti olio aglio Umi masak! Jarang sangat Angah makan banyak macam ni. Kalau Abang tu lain cerita lah :)

Tok pula kena gout balik. Terhincut-hincut jalan. A day before Ramadhan Tok buat acar timun. Letak cuka kan so malam tu menyucuk-nyucuk la sakitnya. She's getting better today. Alhamdulillah. 


Tahun ni Umi pilih konsep buffet untuk berbuka. Bukan apa, selain nak anak2 rasa excited ala2 makan kat hotel, lebih selesa macam ni. Kalau makan hidang tu sampai tak muat meja. Bukan lah banyak mana pun food tapi adalah extra kuih muih, buah-buahan, mee/bihun, air panas & sejuk memang 'melimpah' atas meja makan tu. Kalau dinner biasa tu nasi & lauk pauk je kan... Dah buat buffet style ni selesa ikut selera masing2, nak makan nasi dulu boleh, nak makan kuih muih @ ringan2 dulu boleh. Sambil2 tu boleh lah feeling ala2 makan di hotel :D 
Motonya senang je,  if you could not go to hotel, bring the hotel to your home. Hahaha...


Amacam, ada gaya hotel tak :)

Nak kata teringin makan kat hotel tak juga. Zaman Umi kerja dulu dah puas makan kat hotel. Saja bagi anak2 happy. Tukar sikit environment sambil2 raikan anak2 yang penat berpuasa. Seronok tengok depa kejap ambik itu, kejap ambik ini. Kakak yang tak puasa tu pun asyik ulang alik ambik food. Buffet Umi ni sampai kul 10.30 tau. Cover dari iftar sampai moreh. Makanlah selagi larat :p


Puding Milo Oreo ni Umi ambik resepinya dari blog IBU DILAH. Cuba tau. Anak2 mesti suka. Tq dilah. 

Friday 26 May 2017

Ramadhan Kareem!


Credit source.

Alhamdulillah esok kita akan mula berpuasa. Syukur dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang dirindu.

Excited kan bila masuk bulan ramadhan ni. Kecik2 dulu excited sebab nak raya. Dah meningkat usia ni pun excited juga. Excited nak menambah amal ibadat. Setiap tahun azamnya nak menjadi kan ramadhan kali ini yang terbaik, sentiasa ada peningkatan insha Allah. Moga dapat graduate dari madrasah ramadhan ni dengan ijazah taqwa. Dapat pula masuk ke syurga melalui pintu al rayyan. Allahu, tinggi impian Umi :)

Selamat berpuasa semua.
Moga Allah menerima amal ibadat kita, memakbulkan segala DOA dan mengampunkan segala dosa kita.

Jangan lupa niat puasa :D

Credit source.


Tuesday 23 May 2017

Adik Turns 1!



Rasa baru lagi UMI DiSORONGKAN KE OT untuk melahirkan ADIK. Tup-tup semalam Adik dah genap setahun. Kalau ikut bulan Islam, adik dah cukup setahun 16 Syaaban hari tu. Syukur Adik membesar dengan sihat. Tak banyak ragam pun, macam abang kakak juga. 

Sejak balik dari menunaikan haji 3 tahun lepas, Umi lihat satu persatu DOA Umi di tanah suci Allah makbulkan. Satu darinya pastilah Adik :) setiap hari terutamanya tatkala menatap Kaabah yang mulia Umi akan berdoa agar Allah rezeki kan Umi zuriat lagi sebelum usia Umi 40 tahun. Dan Umi minta juga kalau ada rezeki, Umi nak anak perempuan lagi. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat Umi. 

Time mengandungkan Adik macam biasalah Umi mabuk teruk terutama 3-4 bulan pertama. Kali ni Umi survived dengan minum 100 Plus juga bun kacang merah hingga lah Umi terlalu lembik dah tak bermaya, Walid bawak Umi checked in di Pusrawi :p berulang kali juga Umi ke Pusrawi, sekali warded untuk beberapa malam dan selebihnya Umi daily drip. Masuk air, masuk vitamin. W/pun Umi mengalami alahan yang sangat teruk, Adik membesar dengan baik dalam kandungan. Bahagian Umi, Umi redha. Masuk bulan ke-5 Umi dah boleh ke dapur. Selera makan pun dah kembali sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. 

Habis bab mabuk, masuk trimester ketiga Umi mula risau tentang penjagaan berpantang pula. Tok dah tak larat dan kebetulan jatuh sakit time tu. Umi survey sana sini; daily maid, food delivery services, bidan dsbnya. Tapi semuanya over budget :( Umi tak risaukan sangat bab makan minum Umi sebab kebiasaannya masuk minggu kedua berpantang Umi dah kuat, dah boleh ke dapur sediakan keperluan makan minum diri sendiri. Yang Umi risau anak2 lain sebab time tu bulan puasa dan cuti sekolah. Dimana nak beli makanan untuk Angah & Kakak yang tak puasa tu. Setiap hari Umi berdoa agar Allah berikan Umi pembantu yang baik. Alhamdulillah Allah hantar kan Tok Umi & Tok Ayah untuk menemani  dan menguruskan Abang Kakak. Umi syukur sangat. 


Nama Adik ni dah lama Umi & Walid reserve. Mula tu nak bagi kat Kakak tapi Umi berkenan pula dengan nama Balqis bila bff Umi cakap dia suka nama tu. Tapi ada isu sikit dengan nama Adik ni. Asalnya Umi Walid nak eja Nadine, tapi Tok Umi cakap kalau orang tua macam dia pasti akan sebut Na-di-ni bukan Nadeen. Ah sudah! Terpaksalah Umi recalled nama lain yang Umi proposed sebelum ni. Tension je time tu... Antara nama yang Umi Walid fikir Hannah, Nayli, Nailah dan Maryam. Kecuali Maryam, bagi Umi Walid nama2 lain tu tak cukup 'kuat' untuk disebut sendirian macam nama Kakak (Balqis). Ini pendapat Umi Walid, sebab hati tu dah suka sangat dengan nama Nadeen. Kenalah ada alasan untuk reject kan :p Tambahan pula gandingan nama Adik dan Walid sangat unik.  Akhirnya kami sepakat juga untuk pilih nama Nadeen. Tukar ejaan tapi makna dan sebutan tetap sama. Harapan dan DOA Umi Walid untuk Adik selamanya.

Dah setahun ni Adik mula menapak. Dari selangkah dua, Adik makin menapak jauh sejak kelmarin. Alhamdulillah. Cuma satu je yang Umi risau, gigi Adik belum tumbuh! Adik pecah rekod family kita dik, umur setahun belum ada gigi :D 




Umi doakan Adik membesar dengan sihat, dilimpahi rahmat, beroleh kasih sayang dan lindungan-Nya serta menjadi anak solehah. Aamiin. 

Sunday 21 May 2017

Kenduri sana sini...


Sabtu ahad kelmarin kami asyik makan kenduri. Sabtu ni dah nak puasa kan, ramailah yang ambil kesempatan mengadakan kenduri hujung minggu semalam. One thing yang Umi suka about kenduri of course lah Umi boleh cuti masak :) bila dah hari2 masak, kadang tu buntu & kering idea nak masak. Terus hilang mood nak masak. Alasan sangat kan Umi ni!

Ini dapat dari kenduri aqiqah anak ex-office mate Walid di selayang. 


Kali kedua makan kambing utk hari ni. Pagi Walid beli roti canai kuah kari kambing. Mujoq takdak yang mengembek :p

Semalam pula jiran buat kenduri kesyukuran, birthday dan sambut puasa sekali. Khemah 3 bijik, melintang dari rumah depa sampai rumah kami.

Kambing lagi hehe...


Happy birthday Aisyah!
Moga jadi anak yang solehah, penyejuk mata ibu ayah. 
Aisyah ni tua dua hari je dari Adik. Seronok tengok depa membesar sama-sama. Ada masa acik buat entry khas utk aisyah ye. 

Ini pula Walid bawak balik dari kenduri  member surau. Yasin dapat, ma'thurat dapat jangan lupa baca ye Umi! 


Alhamdulillah rezeki semuanya. 

Thursday 18 May 2017

Pulut Ikan Pekasam



Tak lama lagi kita nak puasa kan... Alhamdulillah puasa yang Umi kena ganti 30 hari tahun lepas dah selesai. Bermula dari usia Adik 100 hari hingga awal bulan syaaban ni Umi gigih ganti puasa. Tahun lepas Umi bersalinkan Adik kurang lebih 10 hari sebelum ramadhan. Ngam2 hari raya Umi habis pantang 44 hari. 

Dah tak sabar rasanya kan nak berpuasa... Tapi sempat jugaklah Umi layan nafsu makan ni. Semalam teringin nak makan pulut ikan masin. Terus tanak pulut dan goreng ikan pekasam. Sebelum makan gaul dulu pulut dengan kelapa parut. Allah nikmat sungguh! 

Terkejut Tok bila Umi kata masak semua pulut yang ada tu (baki buat pulut kuning bawak ke Manjoi hari tu). Ala Mak, 1/2 kilo je :p 
Sampai lunch kami makan pulut ikan pekasam je semalam. Sedap baq hang!


Wednesday 17 May 2017

Kurma untuk Cikgu



Semalam hari guru... Tapi anak2 tengah exam so sambutan hari guru sekolah Angah & Abang ditangguhkan hingga habis exam, minggu depan. 

Semalam Umi dah keluar cari hadiah.  Masuk 2-3 kedai tapi takde yang berkenan. Balik rumah baru dapat idea. Tengok hadiah mama aryanazra rasa macam nak tiru :). Maksu depa cikgu, pun dapat hadiah macam-macam. Makin bersemangat Umi nak beli hadiah untuk cikgu2 Abang & Angah. 

Pagi tadi pula, baca mStar online ada pula cerita Adik sorang ni bagi bihun kering untuk cikgu. Unikkan? Sebelum ni Umi pernah juga dengar ada yang bagi petai, pisang dsbnya. Zaman Umi sekolah dulu takde bagi hadiah pun dekat cikgu. Tak mampu... Tapi bila tiba musim buah-buahan pak akan hadiahkan segala jenis buah yang ada dalam dusun untuk cikgu2. 

Umi pun terus decide nak bagi kurma, ambik inspirasi dari Pn Syahirah Hani. Tak lama lagikan nak puasa rasanya sesuai juga bagi kurma untuk cikgu kan... Teringat last year masa Tok Umi jaga Umi dalam pantang, disedekahkan kurma sorang sekotak untuk sanak saudara & rakan2 Umi yang datang berziarah. Suka semuanya, dapat buat berbuka... 

Guna 3 bahan ni je...



Umi tambah bunga sekuntum sebagai penyeri. Moga cikgu Abang & Angah suka dengan hadiah yang tak seberapa ni. 

Terima kasih cikgu!
Terima kasih juga Pn Syahirah Hani atas inspirasi.  


Sunday 14 May 2017

Mukhayyam Arabiy



Barisan AJK PIBG sekolah Abang yang baru ni nampaknya sangat aktif dan prihatin. Di sekolah pun banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk kemudahan dan keselesaan anak2. 

Banyak program yang diatur untuk anak2, setiap darjah. Untuk tahun 3, program Mukhayyam Arabiy. Mukhayyam tu katanya kem. Tapi programnya sehari je, dari pagi ke petang. Ada senamrobik, games dan explorace. Semuanya conducted in Arabic, nak membiasakan anak2 dengan bahasa Arab. Fasi semua dari UIAM. 


Abang kumpulan kambing. Tak glamer betul namanya hikhik... At the end of the session tu dapatlah hamper kongsi makan ramai2 dengan kawan2. Oklah seronok nampaknya anak2 ni w/pun Umi Walid ni "carleg" lagi balik dari Ipoh. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Thursday 11 May 2017

Seram


Tetiba je Umi rasa seram sejuk. Bukan sebab malam tadi malam jumaat... 

Umi jadi seram bila anak2 bawak balik jadual midterm exam :p


Exam Abang sampai 24/5... This time combined subjek kpm & kafa, sebab nak kejar masa kot. 23/5 tu cuti sebab sambutan hari guru peringkat negeri. 

Jadual exam Angah oklah. Cikgu pun dah bagi guide nak study takat mana... 

Umi ni memang jenis gelabah bila anak2 nak exam, w/pun anak2 baru tadika & darjah 3 je pun. Overlah Umi ni... 

Time kena admitted masa nak bersalinkan Adik hari tu, doc tanya kenapa BP tinggi sangat ni? I said confidently, "anak nak exam doc"... Yang kelakarnya doc tu pun cakap, " saya pun nervous juga kalau anak2 nak exam" ... Ha dah tau gitu takyah le admit awal... Tapi takleh, kena monitor BP 48hrs doc cakap. Sudahnya Abang tiap2 malam study kat lantai hospital. Alhamdulillah result dia memberangsangkan w/pun terkeluar dari target sikit. Target Umi untuk anak2 top 10 je. 

Angah pulak memang terkezutlah Umi dapat result first exam last year, no 19! Walid gelak je bila tengok Umi cuak semacam :(  Umi dalam pantang time tu, mujur tak meroyan :p but he improved a lot masa final exam. Masuk dalam carta 10 terbaik, sama macam Abang. Alhamdulillah. 

Tapi hat ni lagi seram;


Umi suruh study, dia sibuk main kereta tamiya :D


Wednesday 10 May 2017

Ayam Pasu Perak



Dalam kawasan Gugusan Manjoi tu ada satu tempat yang menjual ayam yang dibakar di dalam pasu (ayam pasu). Kedainya tepi jalan je, berhampiran Kompleks Barakah milik Ustaz Kazim. 

Pasu-pasu ni ditempah khas katanya, untuk mengelakkan pasu pecah bila panas.


Kami beli seekor hari tu, nak merasa sebab nampak unik. Padahal kita pernah juga bakar ayam dalam pasu di rumah dengan Mak sebelum ni. Tapi nampak menarik tertarik kita beli juga. Harga 1/2 ekor ayam pasu rm14. Kalau seekor rm23 je. Haruslah beli seekor kan?


Sedap juga rasanya. Disertakan dengan black pepper sauce. Kalau makan panas2 lagi sedap rasanya tapi kita tapau balik makan di kl. Dah delay 3-4 jam baru makan...

Lepas beli kita post gambar dalam wasap group anak cucu tok... Dah pakat teringin nak try la pulak. Maksu depa singgah beli gak... Pastu malam tu ayah post gambaq dalam group depa tengah makan kat gerai tu...hahaha... Maktam belanja katanya... Rezeki penjual tu, ramai pula orang luaq singgah beli.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Monday 8 May 2017

Selamat Pengantin Baru ~ Along & Shima



Majlis akad nikah along & shima telah diadakan pada bulan 12 tahun lepas. Majlis kelmarin tu ialah resepi sebelah pihak lelaki. Majlis sebelah perempuan 1/5 hari tu. 

Kenduri bermula dengan majlis tahlil kira2 jam 11 pagi. Kami geng perempuan ni tak join pun, hanya menunggu di home stay. Yang lelaki semuanya ke rumah pakteh, tolong apa yang patut. 

Photo booth

Anak2 je yang bergambar di sini. Kami tak bergambar pun di sini. Keadaan tak mengizinkan. Panas sangat sampai hilang mood nak bergambar :(


Selalu kita paling suka tengok pelamin dan bilik pengantin. Tapi kali ni tak masuk jengok pun bilik pengantin. Pelamin kita tengok lah sebab bergambar di situ dengan pengantin. 

Alhamdulillah majlis kenduri berjalan dgn lancar. W/pun cuaca sangat panas tapi tetap meriah. But somehow teringat kat arwah Tok. Dulu masa Tok masih hidup kami selalu singgah rumah Tok ni... Ni bila berkumpul ramai2 anak cucu cicit Tok ketiadaan Tok memang sangat terasa. 

Untuk pakteh dan pakjang dah setel, anak2 semua dah 'lepas rumah' (kahwin). Kita tunggu lah who's next... Ramai lagi sepupu2 yang bujang ni :)

Selamat pengantin baru along & shima.
May Allah shower your marriage with mawaddah, rahmah & sakinah. 


Sunday 7 May 2017

Kenduri Along @ Manjoi



Minggu ni kami ke Manjoi, makan kenduri along, sepupu hubby. Tengoklah tu jemputan kawin along... Peminat tegar Man U lah katakan. Graphic designernya aP (another cousin) pun fan no 1 Man U, memang kena sangat lah tu. Yang menulis ni dgn hubbynya pun supporter Man U gak :p


Kami  bertolak lepas solat jumaat. Tengok lah boot keta ni full. Ini baru travel satu hari satu malam. Kalau balik raya seminggu tu just imaginelah ye. Ketat sendat keta kita. Beg sorang satu hikhik... Yang tergantung tu tudung pucci kita. Baju, tudung siap iron & gantung. Nanti touch up je kalau perlu.


 Kita masak nasi ayam hari tu. Biar kenyang perut dulu baru seronok nak travel kan. Resepi nasi ayam paling senang (tapi sedap) ni kita ambil dari blog NINAMIRZA yang comey lotey. Senang bangat cara Nina masak nasi ayam. Nasi tak perlu ditumis, terus tanak macam nasi biasa. Kita suka sebab cepat dan mudah. Maklumlah dapur satu lagi kita tengah masak rendang. Saja buat bekal utk makan petang/malamnya. Regunya pulut kuning, yang kita dah masak lepas subuh. 

Kami sampai Ipoh around 6. Dropped off Mak kat rumah abg cik dulu then baru ke manjoi. Mak taknak ikut, nak bermalam di rumah abg cik sebab rindu nak jumpa Daniel & Ariel. Kita pulak tak jumpa langsung budak berdua ni. Time hantar Mak depa masih di nursery, time ambik Mak depa lena. Jumpa raya nanti ye! 


Kami stay di Home stay Merpati juga. Home stay ni memang selesa dan bersih. Sekarang dapur gas untuk memasak beserta periuk belanga pun dah disediakan. Harga lupa pulak nak tanya Umi, maintain atau dah naik. Last time kami stay sini pun 2-3 tahun lepas kan...

 Ginilah gaya orang sekarang posing ye... Lepas tu post kat IG :)


Gambar ni kita ambik dari tingkap bilik di tingkat atas. Ada sekali tu Abang boleh pi angkat Adik dia bawak ke tepi tingkap ni. Berderau darah mak nak!

Panaskan rendang...

Roti sardin ni kita buat siap2 di kl. Frozenkan. Malas nak kalut2 pagi tu.


Resepi kita copy dari Teratak Impian. Roti sardin pun kita Google resepi :D Terima kasih ye k.zai. Sedap roti sardin ni... Tengah riuh rendah kami berceloteh di dapur, maktam paktam datang nak join sarapan. Paktam beli nasi lemak dan kuih muih pula, alhamdulillah. Paktam & family share home stay dgn aP & gang. Berjiran je kami...
Seronok dapat berkumpul sekali sekali macam ni. Riuh rendah mengalahkan rumah kenduri hehe...



Tengahari baru kami ke rumah pakteh. Cuaca punyalah berbahang... Berpeluh-peluh semua orang. Adik pun asyik merengek, panas, tak selesa dan lapar agaknya. Lepas sesi bergambar terus lari ke home stay, cari air-cond. Ngada betul kan :p bukan kita je, maksu pun sama. Anis sepupu Adik tu pun rimas, meragam sebab panas. Maktam pun bawak cucunya ke home stay kami sebab home stay depa takde air-cond. Hahaha...

Dah tidur seround dan solat siap2 baru kita gerak balik kl. Maghrib kami selamat sampai di rumah, alhamdulillah.

Buah tangan;


Rendang Tok buah tangan dari makteh. Bunga telur semua kita tak ambik, rendang ni pun Umi bungkuskan.

Pucuk labu & kacang (?) tu kaklong bagi. Depa baru turun Cameron Highlands... Dalam bekas tu serbuk perapan ayam/ikan semua boleh lah. Pun kaklong belanja gak :) ini stock utk bulan puasa nanti.


Milo ni paktam beli kami pakat tapau sorang sikit bawak balik. Depa tinggal bagi kat cucu2  penakan je.


Singgah ambik Mak di rumah abg cik, dapat pulak ikan tuka (sejenis ikan pari). Dah selamat jadi lauk siang tadi. Bakar cicah dgn air asam kicap je. Abg cik sekarang gile memancing. Macam2 ikan dapat tapi selalu bagi orang je. Dia pancing suka2 je. Kalau ambik pun sikit2 je. Partner dialah yang untung hikhik...

Adik masuk dalam keta baru nak senyum. Sejuk :D

Alhamdulillah 'ala kulli hal.