Sunday 18 June 2017

Kembara Bumi Perth



Alhamdulillah setelah 2 minggu bermusafir di bumi kangaroo, Walid akhirnya kembali ke sarang :) sepanjang ingatan Umi ini kali pertama Walid outstation di bulan puasa. 

Mulanya bila dah confirm Walid kena pergi Perth tu teringinlah juga Umi nak ikut. Kebetulan cuti sekolah. Tapi baru je congak kos renew/buat passport untuk kami anak beranak yang boleh cecah rm1,200 terus terpadam hasrat murni Umi. Baik lah Umi beli sofa raya kan? 


Bila teman Walid pergi beli winter clothes dekat Winter Time malam sebelum berangkat tu langsung tak teringin nak ikut dah. Walid beli winter coat selai, sweater selai dan glove sepasang dah seribu lebih! Bayangkan kalau untuk 6 orang? Maka berguguranlah mimpi2 indah Umi nak makan fish n chips di Kailis yang femes tu!


Mixed seafood

Tapi yang kelakarnya winter coat tu tak guna pun. Glove lagilah tak payah. Suhu dalam 9-10°C. Mujurlah semua items tu claimable, takde lah ralat sangat spent >1k. 


Walid travel dengan 3 orang colleagues dia.; 2 Chinese, 1 Indian. 1Malaysia gitu hehe... Since he was fasting, tak banyak sangat lah tempat menarik yang dia visit. First day tu ikut jugaklah depa pi melawat 'tuan tanah' , Mr Kangaroo. Takkan dah sampai Oz tak tengok kangaroo kan. Bukan ada kat tempat lain pun. But then there was issue on finding halal food outlet and surau/musolla/masjid. He ended up solat atas padang je di Fremantle. And for iftar makan fish n chips tu le. So next day onwards he discovered the city on his own. Solat siap2 di apartment then baru keluar jalan-jalan and cari makan. Luckily kawan2 dia semua faham. Depa untunglah merata jugaklah pergi sightseeing. Tapi takpe lah mana tahu ada rezeki Walid bawa Umi pergi Perth in the future. Kita jalan dua ye B :) 

Lunch time. Santai je depa makan. 

Cantik bandar Perth ni. Selamat dan bersih. Even malam2 Walid keluar beli food jalan kaki sorang2 pun selamat. Public transport memang superb. Free bus services, train, taxi semua reliable.






Ada member Umi di Perth bagitau di Malaysian Hall ni ada free iftar and terawih every night tapi jauh juga untuk Walid berulang alik dari apartment nya so memang tak sempat singgahlah. Ini pun Walid pergi Sunday, the Hall tutup. 



Bila dah pandai naik public transport ni panjanglah sikit langkah Walid hehe... Tapi pusing2 bandar je la. 


Self service convenience store. Pilih barang, scan harga then bayar thru machine; cash or card. Canggihkan.





Spiderman pun ada hah :) 

Ini pula masjid Perth. Mostly jemaah are Pakistanis. Walid solat jumaat kat sini lah. Kecik je masjid nya. Azan memang takde lah. Solat jumaat depa fixed at 1 pm even masuk waktu around 12.15. Time rehat sama je every weekdays so tunggu lunch time at 1.00 tu baru solat jumaat. Hari biasa Walid bawa sejadah and solat di ofis je. Ada bilik kosong tumpang lah solat sebab dekat ofis tu pun semua none Muslims so surau not provided.


Pelbagai bangsa dan warna kulit. Bersatu dibawah kalimah yang satu. Suka tengok. 

Kadang tu Walid berbuka di ofis je bila banyak kerja. Makan lah biskut dengan air dulu. Nanti baru pergi cari nasi.


Ini kalau Tok Umi tengok gambar ni mesti nangis ni :D Hari tu bila tengok gambar Walid makan nasi dgn lauk je, takde kuih muih bagai Tok Umi dah touching dah. Hehe...


,Geram je Umi tengok Walid letak gitu je biskut tu huhu. Kot la nak alas dgn kertas ke tisu ke hehe...

Apapun alhamdulillah Walid dah kembali. Dah start kerja pun hari ni.


6 comments:

  1. lain kali boleh la ikut jalan2 sama kan PH, seronok dapat tengok kangaroo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah kalau ada rezeki memang teringin nak ikut hehe...

      Delete
  2. kat mesia belom ada mecine self service mcm tu kan, kalau ada pun mesti sy dok ralat main scan2 hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu...akak pun excited gak nak try hehe

      Delete
  3. bab biskut tu, kelakar ehaha..
    kdg2 sy pun geram jugak dgn hubby, sukohati je letak kurma ke, food ke atas meja, lepas tu mkn tanpa muka bersalah hikhikk

    ReplyDelete