Tuesday, 8 August 2017

Aqiqah baby Adnin


Adnin (hari ke 9). Seriously comel sangat2 baby ni. Geram πŸ˜„

Sabtu lepas bff Umi, Yang buat kenduri aqiqah babynya, Adnin. Anak no 6. Misi dia nak cukup kan 7 orang cahayamata. Good luck ye yang 😁

Kami mula berkawan sejak di matrik. Bila masuk main camp makin rapat, sementelah hanya kami 7 orang budak econs yang tercampak ke asrama budak laws. Rapatnya kami berdua ibarat adik beradik, saling kenal keluarga masing2. Seronok lah hari tu dapat jumpa ramai2. Anak2 buah dia yang dulu2 kecik biasa Umi dukung, sekarang dah besar panjang hah. Sampai ada yang dah tak cam pun. 

Jumpa juga dgn kawan2 se-uni. Tahun lepas jumpa Ust. Don tahun ni tak nampak pula. Maybe sibuk kot. 

Balik tu, singgah sekejap di Fella Design yang baru buka di Bangi tu. Walid yang beria, sanggup pusing sana sini, guna Waze bagai nak cari tempatnya. Umi malas kalau takat nak window shopping je. Lainlah nak beli betul2 πŸ˜‰


Bila Walid send photo ni, memang biru mata hitamku. Mampu sangat ni. Mampu tengok, mampu telan ailio, mampu berangan hahaha...

Next stop, please πŸ˜ƒ


Kasut bola untuk Abang. Walid signed him up for football class. Will share later insha Allah. 

8 comments:

  1. Sekali tengok tak nampak babynya PH...gaunnya, ala ala princess sangat gitu.

    Wallah cantiknya kalau ada rumah mcm tu. Emmm...mmg dlm mimpi jerlah gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Kak, princess sangat!

      Takpe lah Kak, kita berangan je. Lagi murah hikhik

      Delete
  2. alolo comelnye baby adnin..inshaAllah moga tercapai hasrat kawan PH tu nak 7 orang anak.

    amboi meja tu dah rm15k++ memang mampu tengok sambil tertelan ailio je lah jawabnya saya pun.

    oh abang nak main bola ye, bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita sis. Mampu tengok je huhu

      Nak bagi dia fit sikit itu yg anta kelas bola hehe

      Delete
  3. Mula tak perasankan baby tu, gaun kembang like a princess beradu, hihi..
    Alhamdulillah, dah 6 org anknya, jarang org sekarang nk ank ramai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembang setaman gaun tu Kak hikhik...

      Nak juga dia achieve target tu. Kita doakan je

      Delete
  4. Lahaiiiii comelnyer adnin....kiut je tdo dalam gaun dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la comel sungguh. Geram nak cubit tapi too small hehe

      Delete