Wednesday 3 January 2018

Hari ke-2 2018 yang busy...


Macam mana tak sibuk, tahun ni 3 orang anak Umi bersekolah. Abang naik darjah 4, Angah masuk darjah satu dan kakak masuk tadika. Dapat bayang tak betapa busy nya Umi depa semalam :) 

Tahun ni sekolah Abang susun kelas dah tak ikut result final exam hari tu, sesuai dengan saranan kementerian. Bila list name keluar hari tu riuh rendah juga dalam group wassap sekolah. Bukan takat anak2 je sedih sebab terpaksa berpisah dengan classmates yang mostly sekelas dari darjah satu. Mak2 pun sama, hilang gang nak bergossip pasal karenah anak2 dalam kelas haha... Padahal tukar kelas je bukan tukar sekolah pun :p 


Alhamdulillah Angah pun takde meragam nak ke sekolah. Excited adalah... Walid uruskan depa berdua. 


Umi pula uruskan kakak. Ramai juga anak2 yang menangis meraung semalam hikhik... Tahun ni pula Pasti kakak start ambik students 4 tahun so banyak sikitlah drama semalam. Tapi cikgu2 pandai handle. Salute Umi. 

Moga anak2 Umi sentiasa bersemangat ke sekolah ye sayang-sayang. Sampai akhir tahun terus bersemangat tau! 

Dah penat ke sana ke mari tu, Walid belanja nasi bajet di Ameena Bee. Set nasi bajet ni ada lauk, sayur, nasi & teh o ais. Harga RM6.80. Walid nak share je tapi Umi takmau haha.... Takut tak cukup :D Umi lapar sebab tak sempat sarapan (makan roti je) pagi tadi. Terus brunch je sambil tunggu baju kat dobi. Dah 3 hari tak nampak matahari, terpaksalah keringkan guna dryer.



Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

No comments:

Post a Comment