Sunday 18 February 2018

Riadah di Taman Layang-Layang



Dekat je Taman Layang-Layang @ Taman LL kata Abang dengan rumah tapi nak ke sana sebulan sekali pun payah :(

Anak2  memang suka datang sini, boleh lepas bebas lari sana, panjat sini, main itu ini... Tarikan pun banyak kat sini. Kereta sewa mainan, basikal sewa, bubble, kites semua ada. Pandai2lah elakkan ye, kalau tak nipis poket mak ayah hikhik... 


Bekal simple je pagi tu; nasi goreng, sosej & sandwich telur dengan air kosong je... Sampai sana baru beli air manis. Masa sampai situ around 8.00 pagi tu tak ramai lagi yang 'bentang tikar'. Umi pun segan2 je bawak bekal bagai. Satgi orang confuse depa ni mai nak riadah ke nak piknik. Orang nak bakaq kalori depa top up kalori haha... Tapi makin lama makin ramai yang bentang tikar piknik bawah pokok. Siap bawak bantal tido baring sambil layan henfon lagi. Amboi bang, anak2 tu bini je ke tengok ๐Ÿ˜œ



Dah puas main, kita brisk walking pula. Kasi chance la Umi exercise sama. Since Tok ada tolong jaga barang, jomlah kita pusing jauh sikit. Tak pernah Umi sampai kat sini. Jauh ke bawah jeti (?) ni. Masa turun lajulah sebab cerun, masa naik adoi mengah! 



Umi on the way nak turun ke bawah tiba2 Abang & co berlari datang ke Umi. "Umi! Ada binatang macam buaya, tapi kecik! Lidah macam ular" . Sudah! Umi ni terus terpikir naga kot hahaha... Tinggi betul imaginasi ๐Ÿ˜‚ Bila Walid cakap biawak tu, baru lah Umi kembali ke alam nyata hikhik... Bukan apa, tengok tasik yang terbentang luas tu memang naga pun boleh hidup ๐Ÿ˜‰



Speaking of the tasik tu, pernah sekali Walid jogging keliling tasik ni hampir sejam Umi tunggu tak muncul2. Punyalah cuak Umi. Rupanya memang luas tasik ni, ambik masa untuk complete satu round tu especially for novice jogger. Entah bila le Umi dapat pusing tasik ni. Dengan kanak2 riang ni memang taklah. Satgi ada yang nak suruh dukung ke tak ke naya :p 

4 comments:

  1. mmg luas tasik ni, sy pernah cycling pusing satu tasik ni.. punyala penat.. tobat xnak pusing tasik lagi.. berbukit2.. basikal dah la oldschool, takder gear kalu naik bukit kena turun tolak beskal hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merasa gak pusing tasik ni haha...luas ya amat kan..

      Delete
  2. Dekat dengan rumah? Maksudnya puan hazel ni tak la jauh dgn kawasan julia duduk sebenarnya...suka pi sini sekali sekala bawa abg Qi tu...main layang2 main basikal...mana tahu boleh ke temu kt sini...blogger meet blogger hehe...tq rajin komen blog julia ye. i follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala juju, gombak dgn kepong dokat ja hihi...

      Insha Allah ada masa, ada rezeki kita boleh jumpa.

      Thanks ye :)

      Delete