Thursday 15 March 2018

Kenduri 07/18 ~ Tahniah Cikgu Waniey...



Seronok sungguh kakak bila Umi bagitau Cikgu Waniey nak kahwin. Apa yang dia suka sangat tak tahulah. Agaknya dapat makan kenduri kot... Asal hari sabtu je dia cakap " hari ni kenduri Cikgu Waniey kan Umi? 😇 

Baju pun pilih sendiri. Punyalah excited dia
Meriah kenduri Cikgu Waniey ni... Yang bestnya pasangan pengantin sendiri turut sama menyambut tetamu. Majlis di kawasan terbuka, senang lah tetamu pun nak bersalam dengan pengantin.


Lauk lauk kuih muih usah cerita. Macam-macam ada... Hidangan kenduri masyarakat jawa macam masak lemak putih umbut kelapa (rasanya) dan sambal tempe pun ada. Memang Umi pilih yang ni lah... 


Sweet je pagi-pagi nampak Cikgu Waniey naik motor dengan suami nya.  Teringat pula Umi masa awal kahwin dulu, pagi2 Walid hantar pergi kerja naik motor juga 😆


Selamat pengantin baru Cikgu! Moga beroleh berkat dalam rumahtangga, hidup rukun damai dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Aamiin. 

4 comments:

  1. Samalah ni anak2 aritu cikgu tadika diaorang kahwin.. punyalah excited.. bangun pagi je terus kejut mama cakap nak gie tengok cikgu kahwin.. padahal mak tgk jam baru jam 4am..huhuhu...

    Berkongsi pengalaman Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Agar Tidak Merebak Keseluruh Tubuh Dengan Cepat

    ReplyDelete
  2. Hahaha excited sungguh tu anak2 puan :D

    Thanks singgah ye :)

    ReplyDelete
  3. seronok anak nak tengok cikgunya kawin tu

    ReplyDelete
  4. Nampaknya dah mcm blog kenduri kawen ni PH hihi...
    Pernah dulu sekali gi kenduri kawen kat Banting, diaorang ada masak tumis cili hijau dengan ikan bilis sedap oii... kadang kadang jemu makan ayam je ek

    ReplyDelete