Thursday 29 March 2018

Makan2


Tok Umi & Tok Ayah baru balik dari Egypt. Bercuti sakan depa 10 kat sana. Singgah di gombak ni nak jenguk cucu2 depa. 


Buah tangan dari Egypt. 


Bila Tok Umi ada di sini, kita buatlah makan2 sikit, jemput adik beradik Tok Umi di sekitar Lembah Klang ni. Sekali sekala datang, nak juga Tok Umi jumpa adik beradiknya.

Umi masak ayam goreng kicap, mixed vege, keli goreng, salad & sambal belacan. Tu je pun. Untuk dessert Umi tempah kek pandan gula Melaka dari Dylla Zairi. Dapat juga merasa PGM yang jadi sebutan ni. Pastu maktam bawa pengat pisang + nangka. Kawan tok umi, cik liza pula bawa pecal. Alhamdulillah. 


Star of the day.
Memang sedap kari daging airtangan k.Zana ni.

Itupun asalnya Umi nak buat kari daging tapi Umi rasa dah tak mampu nak handle. Umi minta tolong k.zana tauke warung dekat food court masakkan. Alhamdulillah jimat banyak masa Umi nak masak yang lain2. Nak bagi daging tu empuk sempurna at least 3 jam kena masak kata k.Zana. memang taklah sebab dapur pun 2 tungku je.


Tapi itulah tak ramai yang dapat datang. Masing2 ada hal kan. But still we had a great time last weekend. When maktam is around, it's enough to fill the room 😜


Paktam bawak nangka 4 bijik. Sayangnya 2 bijik terpaksa buang sebab dah terlampau ranum; dah lembik & masam isinya. Sebijik Umi ambik, kongsi dengan jiran-jiran. Sebijik lagi sedekah kat cik Liza. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

3 comments:

  1. alhamdulillah dapat makan ramai2 memang lagi best kan.

    ReplyDelete
  2. Untunglah...dahlah dapat saree dapat pulak Tshirt Egypt hihi.... Oh meriahlah noh, ramai tetamu minggu sudah. Banyak jugak awak masak PH. Sure mil happy, dapat menantu rajin dan pandai masakkan .....

    Betullah PH kekadang perlu jugak lauk order ni, sekurang kurangnya kurang sikit masa kita kat dapur hihi...

    ReplyDelete