Tuesday 5 September 2017

Pantun raya haji 😃


Gambar keluarga takde. Kakak pakai baju maksu sponsor. Dress Adik beli di Aeon. Yang lain semua pakai baju raya puasa je :)

Balik kampung hari merdeka
Jem sana jem sini
7.30 pagi mula kembara
Sampai Ipoh 12.30 tengahari

Rumah baru pakcik yang cantik.
Doakan rezeki kami juga 😆

Nasi ayam hidangan tengahari
Teh O Makcik sajikan
Terowong menora gigih didaki
Rupanya ada lori kemalangan

Dari Sg Perak ke Jitra
Perjalanan lancar syukur sekali
Umi Ayah tersenyum gembira
Anak cucu sudah kembali

Pagi raya hujan lebat
Jemaah datang berlari-lari
Surau baru nampak hebat
Suasana lapang selesa sekali


Tok Umi masak nasi beriani
Makan bersama rendang ayam
Rumah k.ngah kami ziarahi
Mee rebus sungguh mengancam 



Umi di dapur sibuk memasak
Kambing bakar kari ayam
Ibu ayah ralit berborak
Anak2 asyik main kolam

Apalah agaknya Abang tengah cerita dengan sepupu2nya tu

Raya kedua sembelih lembu
Giliran Tok Ayah buat qurban
Daging goreng kicap toyu
Sup tulang jadi rebutan

Dah namanya Abang, tulang paling besaq dia rembat 😁

Naik kereta ke Padang Perahu
Singgah sebentar beli ketam
Makan kuih dengan maruku
Lagi sedap ketupat pulut hitam


Bunga betik buat kerabu
Makan bersama ikan keli
Selamat ulangtahun ammar & ibu
Moga hidup terus dirahmati



Makan kenduri raya ketiga
Jemputan sahabat kami penuhi
Terima kasih wahai saudara
Ada masa jumpa lagi



Buah cempedak sempat dibeli
Rasanya manis sangat asli
Darulaman Perdana kami telusuri
Moga ada rezeki menghuni

Lebuhraya sesak siang malam
Semua maju tanpa undur
Singgah Ipoh tumpang bermalam
Lepas makan terus tidur

Aidil adha berlalu pergi
Moga beroleh berkat Ilahi
Terima kasih daun keladi
Ada rezeki jumpa lagi 😁

4 comments:

  1. Wah, Puan Hazel, berpantun you! hee..hee.. It's kinda nostalgic for me because it was only during my school days that I read pantun (tapi cannot mengarang my own pantun). I only remember dua, tiga kucing berlari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...sekali sekala asah skill berpantun :) dua tiga kucing berlari tu pantun lejen hehe

      Delete
  2. Wah PH...bukan main lagi kan Raya Haji pun ada kuih Raya... mmg sakan ni tau namanya! Mak seketul pun tak beli hihi....
    Barulah betul Raya Haji kan abg, makan gear box power

    Cuti panjang, mmg jem sana sinilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kat rumah cousin Kak. Kat rumah mil takde kuih raya pun. Biasanya raya haji makan berat2 sikit; mee ke laksa ke..

      Ash cuti panjang itu yg jem teruk tu. Tambah pula hujung cuti sekolah

      Delete